ads

Thursday, June 23, 2011

#Tips Kerjaya - Panduan Menghadiri Temuduga ( Kerja Sektor Swasta)

1. Pakaian seperti anda ingin bekerja
Ada sesetengah syarikat yang tidak mengkehendaki pemohon untuk berpakaian terlalu formal ketika sesi temu duga dijalankan. Memadai sahaja dengan berpakaian kemas dan tidak menjolok mata. Jangan sesekali memakai seluar jean, memakai baju T yang terlalu buruk dan tidak bersikat rapi.

Kebanyakan penemuduga lebih senang melihat pemohon memakai pakaian kemas seperti kemeja dan berseluar slack. Bagi wanita pula, anda disarankan tidak mengenakan pakaian yang terlalu nipis atau seksi, memakai terlalu banyak aksesori dan bersolek terlalu tebal.
2. Buat kajian
Pastikan sebelum menghadiri temuduga anda meluangkan sedikit masa membuat kajian mengenai syarikat tersebut. Selain itu, pastikan anda tahu tugas-tugas yang diperlukan bagi jawatan yang dipohon. Ia memberi bonus kepada anda kerana mempunyai sikap ingin tahu yang begitu mendalam terhadap syarikat dan pekerjaan yang ingin dipohon.
3. Jangan lambat
Jangan lambat menghadiri sesi temuduga. Ia adalah antara perkara paling dilarang berlaku semasa sesi temu duga. Kejadian itu akan memberi kesan terhadap pandangan majikan terhadap anda walaupun anda memberi alasan tersesat atau kesesakan lalu lintas. Jika majikan mula merasa benci, kebarangkalian untuk anda memperoleh pekerjaan tersebut adalah tipis.
4. Tanya soalan
Tidak semestinya majikan sahaja yang mengutarakan soalan. Anda juga boleh bersiap sedia dengan soalan-soalan anda. Ia merupakan idea yang bagus jika anda juga bertanyakan soalan. Kenapa begitu? Ini kerana, ia menunjukkan yang anda bersungguh-sungguh menginginkan jawatan tersebut. Namun apakah soalan-soalan yang sesuai untuk ditanya kepada majikan?

*Adakah syarikat ini memberi peluang kepada saya untuk belajar kemahiran-kemahiran baru lain daripada jawatan yang dipohon?

*Adakah sebarang persoalan yang bermain di fikiran tuan untuk mengetahui lebih lanjut tentang diri saya?

*Adakah saya akan dilatih terlebih dahulu untuk memahirkan diri dalam jawatan tersebut?

*Apakah perkara yang paling penting perlu saya tahu mengenai jawatan ini?
5. Ucap terima kasih
Jangan kedekut untuk mengucapkan terima kasih kepada bakal majikan sebelum dan selepas temuduga. Apabila anda melangkah masuk ke pintu majikan, ucapkan terima kasih apabila disuruh duduk.

Sebelum anda melangkah keluar pula, ucapkan sekali lagi terima kasih kerana kerjasama yang mereka berikan.

Namun ingat, jangan terlalu banyak mengucapkan perkataan terima kasih kerana ia boleh disalahtafsir oleh majikan sebagai terlalu mengampu atau hipokrit.
Sumber asal: www.anizyn.blogspot.com

Semakan Keputusan Temuduga SPA Penolong Pemeriksa Kilang dan Jentera Gred J29 (Kejuruteraan Jentera dan Bahan) (Kementerian Sumber Manusia)

Semakan Keputusan Temuduga Bagi jawatan Penolong Pemeriksa Kilang dan Jentera Gred J29 (Kejuruteraan Jentera dan Bahan)  (Kementerian Sumber Manusia) tahun 2011 boleh disemak mulai hari ini. Semua calon yang telah mengikuti temuduga Jawatan Penolong Penolong Pemeriksa Kilang dan Jentera Gred J29 (Kejuruteraan Jentera dan Bahan)  (Kementerian Sumber Manusia) baru-baru ini boleh membuat semakan keputusannya melalui laman web SPA di alamat http://www.spa.gov.my dengan memasukan nombor kad pengenalan.

Tahniah diucapkan kepada calon yang telah berjaya dan terpilih dalam temuduga tersebut. Bagi yang tak berjaya, jangan berputus asa. Gagal itu tak bermakna gagal selama-lamanya. Kerana gagal itulah tangga kejayaan untuk bermakna. Kalau ada rezeki tak kemana. Kalau betul-betul minat dalam bidang nie, cubalah sehingga berjaya. Tahun depan masih ada lagi.:)

Keputusan Temuduga SPA Bagi Jawatan Pustakawan Gred S41 (Jabatan Perpustakaan Negara)

Semakan Keputusan Temuduga Bagi jawatan  Pustakawan Gred S41  (Jabatan Perpustakaan Negara) tahun 2011 boleh disemak mulai hari ini. Semua calon yang telah mengikuti temuduga Jawatan  Pustakawan Gred S41  (Jabatan Perpustakaan Negara) baru-baru ini boleh membuat semakan keputusannya melalui laman web SPA di alamat http://www.spa.gov.my dengan memasukan nombor kad pengenalan.

Tahniah diucapkan kepada calon yang telah berjaya dan terpilih dalam temuduga tersebut. Bagi yang tak berjaya, jangan berputus asa. Gagal itu tak bermakna gagal selama-lamanya. Kerana gagal itulah tangga kejayaan untuk bermakna. Kalau ada rezeki tak kemana. Kalau betul-betul minat dalam bidang nie, cubalah sehingga berjaya. Tahun depan masih ada lagi.:)

Wednesday, June 22, 2011

Faedah, Manfaat, Imbuhan Dan Kelebihan Bekerja di Sektor Awam (Kerja Kerajaan)

Kebanyakan kita mahukan kerjaya tetap yang dapat menjamin masa hadapan tidak kiralah samada sektor awam mahupun swasta. Bekerja dalam sektor awam amatlah diimpi-impikan oleh kebanyakan orang di Malaysia terutamanya bagi mereka yang baru sahaja yang menamatkan persekolahan ataupun pengajian di universiti. Bekerja di sektor awam mempunyai pelbagai kebaikannya yang tersendiri. Ada orang kata kerja di sektor awam ini ‘rileks’ sedikit berbanding swasta. Ada betulnya apa yang dipikirkan oleh orang ramai mengenai bekerja di sektor awam. Tetapi tidak semestinya begitu! Kerja di sektor awam ini begitu tinggi cabarannya demi memastikan perjalanan pentadbiran dan pengurusan Negara berjalan dengan lancar.

Kebanyakan ibu bapa amat berbangga jika anak mereka menjawat jawatan di sektor awam. Tidak kiralah di jabatan mana pun, ataupun di kementerian mana pun anak mereka bertugas. Anak mereka telah memberikan kebanggaan kepada mereka. Ada yang menjadi pegawai, staf sokongan dan ada juga yang menjadi pegawai-pegawai tinggi kerajaan. Tidak dinafikan bekerja di sektor awam tidak memberikan pulangan lumayan kepada sesiapa pun. Hendak jadi kaya, sektor awam bukanlah tempatnya. Jadilah ahli perniagaan jika mahu kaya! Sebenarnya walaupun tidak memperolehi pendapatan yang lumayan, sebenarnya bekerja di sektor awam memberi 1001 kepuasan kepada penjawat awam ini.

Penjawat awam ini sebenarnya memberikan dan menyumbangkan khidmat mereka demi membantu kerajaan mentadbir bumi Malaysia yang bertuah ini. Mereka ini lebih dihormati di kalangan masyarakat di atas jasa yang diberikan ini. Penjawat-penjawat awam diterapkan nilai – nilai integriti yang tinggi dalam melaksanakan kerja mereka seharian. Tidak dapat dinafikan ada juga penjawat awam yang menyeleweng dari tugasnya masing-masing. Ada yang rasuah, tidak amanah, dan meyeleweng tetapi itu hanyalah segelintir sahaja. Dan bagi mereka yang sebegini, tidak lama mereka berada dalam sektor awam. Biasanya dibuang kerja ataupu merengkok di penjara.

Pada masa kini, penjawat-penjawat awam diberikan pelbagai kemudahan dan kelebihan berbanding di sektor swasta. Ini semua adalah demi menjaga kebajikan kakitangan sektor awam juga. Pelbagai usaha dilakukan oleh kerajaan demi hal ini. Selain itu juga, sektor awam juga mempunyai kesatuannya sendiri yang lantang memperjuangkan hak-hak penjawat awam di Malaysia. Contohnya CUEPACs, kesatuan ini amat lantang memperjuangkan hal-hal kebajikan penjawat awam terutamanya dari segi kenaikan gaji, elaun, kenaikan pangkat dan macam-macam lagi. Kerajaan amat peka dengan tuntutan-tuntutan yang di buat oleh CUEPAC ini. Seperti yang anda sering baca dalam suratkhabar, biasanya tuntutan – tuntutan mereka dipenuhi. Oleh kerana merekalah gaji kakitangan awam dinaikkan pada tahun 2007 yang lepas.

Terdapat banyak kelebihan dan faedah yang diperolehi setelah menyertai sektor awam. Di antaranya adalah:
1. Elaun Perumahan,
2. Cost Of Living Allowance (Cola),
3. Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA),
4. Kenaikkan Gaji Setiap Tahun,
5. Kemudahan Pinjaman Komputer Dan Kenderaan,
6. Cuti Tahunan Mengikut Kelayakan,
7. Cuti Bersalin,
8. Pinjaman Perumahan,
9. Caruman KWSP ataupun Pencen,
10. Bersara pada umur 58 tahun,
11. Peluang Kenaikan Pangkat,
12. Peluang Melanjutkan Pelajaran,
13. Peluang Untuk Berkursus dari masa ke semasa,
14. Bekerja dalam jangkasamasa yang sesuai bagi manusia 8 jam sehari (kadang-kadang lebih masa juga),
15. Lebih mepunyai masa bersama keluarga dan dapat mewujudkan keluarga yang lebih bahagia.

Dan disebab itulah juga dilaporkan permohonan untuk jawatan awam yang dianjurkan oleh sektor awam meningkat pada setiap tahun. Maka dengan itu, tidak hairanlah kerjaya di sektor awam kini menjadi pilihan kerjaya di musim kegawatan ekonomi ini.

#Dilema- Mencari Pekerjaan Ataupon Mencipta Kerja?

Cari Kerja Atau Cipta Kerja? Anda pilih yang mana? Saya pasti ramai di antara kita memilih yang pertama kerana yang pertama lebih mudah berbanding yang kedua. Peluang pekerjaan dah ada, cuma hanya perlu mohon sahaja. Tetapi risikonya belum tentu dapat kerana permintaan tinggi.
 
Ramai penganggur yang sedang berhempas pulas untuk mengisi ruang kosong dalam sektor pekerjaan. Lebih-lebih lagi dalam suasana ekonomi yang tidak stabil, orang yang dah bekerja pun silap hari bulan boleh dibuang kerja.

Jadi anda rasa bagaimana?

Masih memilih yang pertama? Sebenarnya di negara kita kerjaya ditentukan dahulu kemudian Kementerian Pelajaran menyediakan pembelajaran dalam bidang tersebut. Tetapi alangkah baiknya jika negara kita mencipta ruang kerjaya berdasarkan bakat dan potensi masyarakat setempat. Barulah kadar pekerja asing dapat dikurangkan. Realiti yang berlaku ramai graduan terpaksa menganggur kerana mereka ternanti-nanti bidang kerja yang setaraf dengankelayakan akademik mereka.
Sebenarnya mencipta pekerjaan lebih mudah berbanding mencari kerja kerana selalu yang berlaku ijazah atau diploma yang anda dapat tidak memberikan jaminan untuk anda mendapat pekerjaan dalam bidang yang sama. Jadi bukankah ianya satu kerugian jika ditilik kepada kerjaya. Memang berisiko. Bahkan semua perkara pun berisiko. Hanya perlukan sedikit kreativiti dan inovasi anda akan jadi lebih hebat dengan membina kerjaya melalui kelebihan dan bakat dalam diri.
 
Pendek kata, jangan terlalu berharap pada kelayakan akademik anda jika ingin berjaya. Dalam dunia hari ini, pinjaman pelajaran, pinjaman kereta, pinjaman rumah dan sebagainya memerlukan kewangan segera. Jadi jika anda menanti dan menanti agak sukar kerana permohonan di bidang kerajaan terlalu tinggi. Lebih baik mencari peluang kerjaya yang rendah tetapi momentum untuk berjaya juga tinggi.

8 Jawatan Kosong Malaysia Convention & Exhibition Bureau (MyCEB) - Kuala Lumpur

8 Kekosongan Jawatan: Kerajaan/Government
Job Description :

Jawatan Kosong Malaysia Convention & Exhibition Bureau (MyCEB)
Malaysia Convention & Exhibition Bureau (MyCEB) was established by the Ministry of Tourism Malaysia to further strengthen the country's business tourism brand and to position the country as one of the world's leading international business events(meeting, incentive, convention and exhibition) destinations. A non-profit organisation, MyCEB serves as a one-stop centre to assist meeting and event planners to bid for and to stage regional and international business events in Malaysia and to act as a conduit for national product development. MyCEB works closely with Tourism Malaysia offices worldwide to extend its services globally.

1. Business Development Manager - Arts & Cultural Events
2. Business Development Manager - Sports Events
3. Marketing Manager - Events
4. Business Development Executive (2 positions)
5. Marketing Executive
6. Executive Secretary to the General Manager - International Events Unit
7. Sales Executive - Associations
8. Marketing Services Executive

For Details Kindly Visit http://www.myceb.com.my/ then click at Career Opportunities

Closing Date : 27 June 2011

Jawatan Kosong Boustead Holdings Berhad - Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M)


Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M): Swasta/Private
Job Description :

Jawatan Kosong Boustead Holdings Berhad

1. Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M) - Boustead Graduate Internship Programme

Requirements:
- Candidates must possess a degree in Business Administration, Banking, Management, Commerce, Accountancy, Marketing or related field.
- In addition, candidates should be those who have been unemployed for at least 6 months from graduation date.
- Candidates must also have a minimum of CGPA 2.75 and above.
- Malaysian citizens who are 26 years of age and below.

Graduates who are intrested in participating in the programme are invited to submit their application to:

General Manager ,Group Human Capital Management
Boustead Holdings Berhad
5th Floor , Menara Boustead
69 Jalan Raja Chulan
50200 Kuala Lumpur

Email: admin.career@boustead.com.my

Or Apply Online. CLICK HERE TO APPLY ONLINE


Closing Date : 30 June 2011

3 Jawatan kosong Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) - Kuala Lumpur

3 Kekosongan Jawatan: Swasta/Private
Job Description :

Jawatan Kosong Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB)

If you are interested in joining us at PNMB, check this page regularly where details of job opportunities will be posted from time to time.

1. FINANCE EXECUTIVE
2. PENYELIA KANAN
3. PENYELIA PENGELUARAN

DOWNLOAD JOBS REQUIREMENTS

DOWNLOAD APPLICATION FORMS

Closing Date : 24 June 2011

#Tips Temuduga - Mengawal Emosi Semasa Temuduga Berlangsung

Semasa berada di bilik temuduga, sering kali anda akan ditanyakan soalan-soalan yang anda kurang bersedia. Soalan-soalan ini kebanyakkannya seolah-olah “mencabar” kewibawaan anda. Apa yang perlu anda lakukan adalah :

1.Ingatkan diri anda bahawa penemuduga sedang menguji anda

2.Jawab dengan jelas dan lantang

3.Kikiskan sifat ego anda

4.Tenangkan diri anda sebelum menjawab soalan, selalunya penemuduga akan cuba menggunakan jawapan anda untuk membidas

5.Banyakkan senyuman

6.Berikan penekanan dalam jawapan anda yang menyokong butiran-butiran yang tertulis dalam CV/Resume anda. Berikan penekanan kepada pencapaian anda yang tidak boleh dicapai orang lain

7.Jangan sesekali menunjukkan anda hilang minat terhadap pekerjaan ditawarkan

Selain itu, anda dinasihatkan supaya jangan tergopoh gapah menjawab soalan-soalan sebegini dari temuduga, ambil masa untuk berfikir sejenak,dan jawablah dengan fikiran yang tenang.

#Tips Temuduga - Kejayaan Dalam Temuduga

1. Orang yang terbaik untuk sesuatu jawatan bukan bermakna akan memenanginya – selalunya adalah mereka yang memberi temuduga yang terbaik akan memenanginya.

2. Temuduga adalah lebih kerap untuk memberi jawapan teknikal yang tepat. Ia juga adalah untuk membina silaturahim yang rapat.

3. Bukan semua penemuduga tahu apa yang mereka kehendaki; tugas anda adalah untuk mengetahui bagaimana untuk mengawal penemuduga yang baik dan tidak.

4. Adalah lebih baik anda bersikap jujur dan mengaku tidak mengetahui daripada cuba berlagak pandai tetapi berakhir dengan kebodohan dan tidak cerdik anda.

5. Mereka yang kelihatan kemas dan segak akan mendapat pekerjaan - mungkin di dalam layar perak Holywood, tetapi secara keseluruhannya, majikan adalah lebih menginginkan bakat daripada faktor luaran.

6. Percubaan untuk memberi jawapan yang tepat boleh menyebabkan masalah buat anda. Adalah lebih baik dengan memberi jawapan yang baik dan bertepatan daripada terkapai-kapai mencari jawapan yang tepat; kerana lazimnya tiada jawapan yang tepat di sana.

7. Jangan bertanya soalan hanya untuk menyoal. Bertanyalah sekiranya anda benar-benar ingin jawapannya yang belum disentuh semasa temuduga.

8. Temuduga adalah peristiwa biasa memerlukan kelakuan yang biasa. Penemuduga akan beranggapan begitu dan boleh beranggapan secara negatif sekiranya mereka tidak nampak begitu.

9 Penemuduga tidak akan membazirkan masa mencari kecelaan anda. Mereka lebih berminat untuk mendapatkan gambaran yang jelas tentang siapa anda. Elak dari menjawab soalan yang mempertahankan diri. Adalah lebih baik anda berfikiran bahawa setiap soalan itu akan memberi anda peluang untuk menyerlahkan diri anda.

P/S: Jika anda rasa perkongsian kami bermanfaat, sila tinggalkan komen dan pendapat agar kami boleh beri penambahbaikan.
credit : http://tipkerjaya.blogspot.com/

Newer Posts Older Posts Home
kongsikan dan hebahkan di facebook anda supaya rakan-rakan serta saudara-mara dapat mengetahui info tersebut :)
Disclaimer:
All job ads and career information published in the Jawatankerajaan.blogspot.com is intended to assist you in finding job vacancies in the government sector and private sector, this blog is above initiatives Jawatankerajaan.blogspot.com and no relation to any departments and companies.

Jawatankerajaan.blogspot.com not guarantee the accuracy, errors and changes the information published. We also not be liable for any losses when using the information in this blog.
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More