Kebanyakan kita mahukan kerjaya tetap yang dapat menjamin masa hadapan tidak kiralah samada sektor awam mahupun swasta. Bekerja dalam sektor awam amatlah diimpi-impikan oleh kebanyakan orang di Malaysia terutamanya bagi mereka yang baru sahaja yang menamatkan persekolahan ataupun pengajian di universiti. Bekerja di sektor awam mempunyai pelbagai kebaikannya yang tersendiri. Ada orang kata kerja di sektor awam ini ‘rileks’ sedikit berbanding swasta. Ada betulnya apa yang dipikirkan oleh orang ramai mengenai bekerja di sektor awam. Tetapi tidak semestinya begitu! Kerja di sektor awam ini begitu tinggi cabarannya demi memastikan perjalanan pentadbiran dan pengurusan Negara berjalan dengan lancar.
Kebanyakan ibu bapa amat berbangga jika anak mereka menjawat jawatan di sektor awam. Tidak kiralah di jabatan mana pun, ataupun di kementerian mana pun anak mereka bertugas. Anak mereka telah memberikan kebanggaan kepada mereka. Ada yang menjadi pegawai, staf sokongan dan ada juga yang menjadi pegawai-pegawai tinggi kerajaan. Tidak dinafikan bekerja di sektor awam tidak memberikan pulangan lumayan kepada sesiapa pun. Hendak jadi kaya, sektor awam bukanlah tempatnya. Jadilah ahli perniagaan jika mahu kaya! Sebenarnya walaupun tidak memperolehi pendapatan yang lumayan, sebenarnya bekerja di sektor awam memberi 1001 kepuasan kepada penjawat awam ini.
Penjawat awam ini sebenarnya memberikan dan menyumbangkan khidmat mereka demi membantu kerajaan mentadbir bumi Malaysia yang bertuah ini. Mereka ini lebih dihormati di kalangan masyarakat di atas jasa yang diberikan ini. Penjawat-penjawat awam diterapkan nilai – nilai integriti yang tinggi dalam melaksanakan kerja mereka seharian. Tidak dapat dinafikan ada juga penjawat awam yang menyeleweng dari tugasnya masing-masing. Ada yang rasuah, tidak amanah, dan meyeleweng tetapi itu hanyalah segelintir sahaja. Dan bagi mereka yang sebegini, tidak lama mereka berada dalam sektor awam. Biasanya dibuang kerja ataupu merengkok di penjara.
Pada masa kini, penjawat-penjawat awam diberikan pelbagai kemudahan dan kelebihan berbanding di sektor swasta. Ini semua adalah demi menjaga kebajikan kakitangan sektor awam juga. Pelbagai usaha dilakukan oleh kerajaan demi hal ini. Selain itu juga, sektor awam juga mempunyai kesatuannya sendiri yang lantang memperjuangkan hak-hak penjawat awam di Malaysia. Contohnya CUEPACs, kesatuan ini amat lantang memperjuangkan hal-hal kebajikan penjawat awam terutamanya dari segi kenaikan gaji, elaun, kenaikan pangkat dan macam-macam lagi. Kerajaan amat peka dengan tuntutan-tuntutan yang di buat oleh CUEPAC ini. Seperti yang anda sering baca dalam suratkhabar, biasanya tuntutan – tuntutan mereka dipenuhi. Oleh kerana merekalah gaji kakitangan awam dinaikkan pada tahun 2007 yang lepas.
Terdapat banyak kelebihan dan faedah yang diperolehi setelah menyertai sektor awam. Di antaranya adalah:
1. Elaun Perumahan,
2. Cost Of Living Allowance (Cola),
3. Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA),
4. Kenaikkan Gaji Setiap Tahun,
5. Kemudahan Pinjaman Komputer Dan Kenderaan,
6. Cuti Tahunan Mengikut Kelayakan,
7. Cuti Bersalin,
8. Pinjaman Perumahan,
9. Caruman KWSP ataupun Pencen,
10. Bersara pada umur 58 tahun,
11. Peluang Kenaikan Pangkat,
12. Peluang Melanjutkan Pelajaran,
13. Peluang Untuk Berkursus dari masa ke semasa,
14. Bekerja dalam jangkasamasa yang sesuai bagi manusia 8 jam sehari (kadang-kadang lebih masa juga),
15. Lebih mepunyai masa bersama keluarga dan dapat mewujudkan keluarga yang lebih bahagia.
Dan disebab itulah juga dilaporkan permohonan untuk jawatan awam yang dianjurkan oleh sektor awam meningkat pada setiap tahun. Maka dengan itu, tidak hairanlah kerjaya di sektor awam kini menjadi pilihan kerjaya di musim kegawatan ekonomi ini.
Wednesday, June 22, 2011
Faedah, Manfaat, Imbuhan Dan Kelebihan Bekerja di Sektor Awam (Kerja Kerajaan)
4:00 PM
Admin
Newer Post
Older Post
Home
kongsikan dan hebahkan di facebook anda supaya rakan-rakan serta saudara-mara dapat mengetahui info tersebut :)
Disclaimer:
All job ads and career information published in the Jawatankerajaan.blogspot.com is intended to assist you in finding job vacancies in the government sector and private sector, this blog is above initiatives Jawatankerajaan.blogspot.com and no relation to any departments and companies.Jawatankerajaan.blogspot.com not guarantee the accuracy, errors and changes the information published. We also not be liable for any losses when using the information in this blog.