ads

Monday, June 20, 2011

#Tips Temuduga - Kesalahan Ketika Temuduga Yang Kita Tidak Sedar

Kesalahan Yang Sering Lakukan Sebelum, Semasa dan Selepas Sesi Temuduga

Seringkali kita terlupa kepada perkara-perkara kecil dalam proses menjalani temuduga.
Kadang-kadang, ianya adalah permasalahan yang terlalu kecil, tetapi harus diingat,
kemungkinan juga masalah kecil inilah yang sering menggagalkan kita. Melalui pengalaman, pemerhatian, mari kita kongsi bersama. Antara kesalahan tersebut ialah :
  • Datang Lambat Tanpa Sebarang Notis.
Harus diingat, terlambat untuk temuduga akan menyebabkan pandangan buruk oleh bakal majikan dan sekaligus akan menutup peluang kita. Walaubagaimanapun, perkara ini dapat di elakkan sekiranya kita memberi tahu dahulu kepada bakal majikan dan penemuduga. Jika anda terlambat, telefon lah penemuduga dan mohon maaf.Anda juga boleh membuat temujanji lain jika benar-benar tidak sempat.

Sudah tentu,perkara yang lebeh buruk lagi adalah bila anda tidak menghadiri temuduga tanpa sebarang notis. Ini seklaigus akan menyebabkan anda di senarai hitam oleh syarikat berkenaan.
  • Kurangnya Persedian.
Dalam menghadapi proses temudaga,anda perlu
i) buat kajian, google latar belakang,misi,visi dan sebagainya tentang syarikat terbabit.
ii) Bersedia dengan jawapan untuk kemungkinan soalan .
iii) Berlatih cara bercakap,sebutan,keyakinan diri dan sebagainya berkaitan dengan temuduga
iv) Sediakan salinan resume,sijil dan dokumen yang wajar

Dengan mengkaji dan bersedia,anda mampu menghadapi temuduga dengan tenang.Harus diingat,penemuduga juga mungkin akan menggunakan helah provokasi untuk melihat daya ketahanan mental anda dan bagaimana anda mengawal tekanan.Anda juga mungkin akan diperlekehkan,tapi dengan membuat persediaan,anda akan tenang dan mampu berfikir dengan cekap. Semuanya bergantung kepada jawatan yang anda pohon selalunya.

Anda juga mungkin diajukan dengan soalan yang tidak sepatutnya,seperti berkaitan dengan politik,agama dan lain-lain.Anda boleh menolak untuk menjawabnya,tapi dengan cara dan penggunaan ayat yang betol.
  • Kurang Keyakinan Diri/Lebih keyakinan Diri
Kurang keyakinan diri akan menimbulkan pelbagai interprestasi dari bakal majikan,anda mungkin dianggap tidak bersedia. Anda akan Nampak gugup dan resah dan memberikan bakal majikan berpandangan anda cuba menutup sesuat kelemahan atau sedang berbohong.
Dengan Lebih keyakinan diri (over confident) seringkali akan membuatkan bakal majikan kurang senang. Anda akan dinilai sebagai seorang yang besar kepala, hanya pandai bercakap dan tidak boleh melakukan kerja.

Oleh itu,semasa ditemuduga, dengar soalan dengan teliti dan cuba pahamkan. Jika anda kurang jelas atau tidak paham,tidak salah untuk meminta penemuduga untuk mengulangi soalan. Kemudian respons kepada soalan, jangan melalut atau membebel. Sebelum menjawab,fikirkan dahulu,adakah jawapan yang akan diberikan relevan,sesuai.Berhati-hati juga dengan pilihan jawapan dan perkataan yang hendak digunakan. Selain itu, untuk menunjukkan keyakinan sepanjang sesi temuduga itu anda perlulah melontarkan setiap patah perkataan anda atau jawapan dengan nada suara yang terang, yakin dan konsisten.
  • Pemakaian Yang Kurang Sesuai
Cara berpakaian dan jenis pakaian ketika menghadiri temuduga juga boleh menjadi penentu
kejayaan anda dalam sesi temuduga. Sesetengah firma amat mementingkan penampilan dan cara berpakaian para pekerjanya. Jadi sebagai persediaan menghadapi temuduga, anda bukan sahaja perlu tonjolkan bakat dan personaliti anda tetapi juga cara pemakaian. Bukan tonjolkannya dengan memakai tali leher atau stokin bewarna terang, sebaliknya pilih pakaian sesuai.

i) Perkara yang patut dielakkan oleh lelaki:
-Warna pakaian (Hitam, Merah dan Berwarna-warni)
-Jenis pakaian(Jeans, t-shirt dll) -Jenis tali leher(warna tidak sepadan dengan warna pakaian )
-Berambut panjang dan berekor - Mewarnakan rambut dengan warna-warna tertentu yang menyakitkan mata

ii) Perkara yang patut dielakkan oleh wanita:
-Pakaian yang menjolok mata.
-Pemakaian warna kain tudung yang tidak sesuai.
-Warna pakaian yang garang / striking
  • Ekspresi Badan (Body Language)
I) pastikan anda duduk tegak,jangan bongkokkan badan.
II) Mata haruslah bertentang dengan panel penemuduga

Ini kerana mata tidak boleh menipu dan mata juga dapat menggambarkan keikhlasan dan kesungguhan anda. Oleh itu, sentiasa kekalkan pertentangan mata dengan panel yang memberi soalan dan pada masa yang sama sentiasa memerhatikan panel-panel yang lain. Jangan sekali-kali memperlekehkan panel-panel yang lain.Jangan sesekali mengutarakan jawapan sambil tidak bertentang mata dengan panel penemuduga sebaliknya memerhatikan keadaan sekeliling.
  • Menipu
Jangan cuba menipu segala maklumat anda dalam resume, jangan juga menipu semasa dalam sesi temuduga kerana anda mungkin akan terperangkap. Anda juga harus elakkan dari mengkritik majikan lama anda,rakan sekerja dan sebagainya.
Gagal bertanyakan soalan.
Selalunya,inilah kesalahan yang sering dilakukan. Setiap kali hamper tamat temuduga, bakal majikan akan bertanya kepada anda,”Ada sebarang soalan?” dan selalunya calon akan kata tidak. Kurangnya semangat anda akan membunuh peluang anda.Sepatutnya anda ajukan beberapa soalan, dan ini sekaligus menunjukkan yang anda berminat terhadap bakal majikan.
Ini adalah beberapa cadangan yang dapat direalisasikan oleh penulis berdasarkan pengamatan,pembacaan,pengalaman peribadi dan sebagainya.Apapun,selamat Berjaya kepada calon-calon yang mencari kerja.Selain dari usaha kita,nasib juga memainkan peranan.Maka,banyakkanlah berdoa kepada Tuhan,pohon restu ibu bapa dan sebagainya.Akhir kata dari saya, Semoga Berjaya!!!!

Newer Post Older Post Home
kongsikan dan hebahkan di facebook anda supaya rakan-rakan serta saudara-mara dapat mengetahui info tersebut :)
Disclaimer:
All job ads and career information published in the Jawatankerajaan.blogspot.com is intended to assist you in finding job vacancies in the government sector and private sector, this blog is above initiatives Jawatankerajaan.blogspot.com and no relation to any departments and companies.

Jawatankerajaan.blogspot.com not guarantee the accuracy, errors and changes the information published. We also not be liable for any losses when using the information in this blog.
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More