Permohonan pinjaman pelajaran MARA sesi 2013 melalui sistem Eduloan. Tajaan akan dibuka mulai bulan februari ini. Objektif tajaan adalah untuk membantu pelajar bumiputera yang berpotensi dan berkelayakan terutama yang memerlukan bantuan kewangan untuk mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi dalam bidang-bidang Sains, Teknologi, Profesional, Kepakaran dan Pengurusan Perniagaan serta bidang-bidang lain yang dikenalpasti oleh MARA dari masa ke semasa.
Kadar bantuan pinjaman pelajaran MARA ditentukan berasaskan kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tetapi tertakluk kepada keadaan peruntukan kewangan MARA.
Syarat Bantuan Pinjaman Pelajaran MARA
- Calon mestilah Melayu / bumiputera warganegara Malaysia
- Tidak pernah ditamatkan bantuan atau ditarik balik bantuan oleh mana-mana penaja atas sebab tindakan disiplin.
- Mendapat pelepasan kontrak / penangguhan bayaran balik jika pernah ditaja oleh badan lain untuk pengajian sebelumnya.
- Mesti mendapat cuti belajar tanpa gaji / pelepasan jawatan / kebenaran bertulis daripada majikan bagi mereka yang sedang berkhidmat.
- Diperakui sihat dan normal oleh doktor yang bertauliah.
- Pengajian sepenuh masa dalam dan luar Negara.
- Memenuhi syarat Status Sosio Ekonomi Keluarga seperti yang ditetapkan.
Syarat Umur Permohonan MARA
Permohonan Online Pinjaman MARA 2013
Permohonan boleh dibuat secara talian dilaman http://www.mara.gov.my/web/guest/e-eduloan
Tarikh talian dibuka bulan Februari 2013. Harap Maklum
Contoh Surat Tawaran MARA
Anda akan perolehi surat tawaran setelah permohonan anda berjaya secara online.