Pengumuman gaji maksimum bagi kakitangan awam 2013. Pihak kerajaan akan umumkan penetapan lima peratus bagi penjawat awam yang sudah mencapai tahap gaji maksimum atau ‘gaji mati’ pada Februari 2013. Seperti biasa pada setiap tahun, isu gaji penjawat awam akan sentiasa dibentangkan agar ianya sejajar dengan prestasi dan taraf hidup masa kini.
Setakat ini, pihak JPA kini sedang membuat kajian teliti bagi menangani masalah penjawat awam yang berprestasi baik dan cemerlang dengan markah 80 peratus ke atas dalam Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) mereka tetapi sudah mencapai gaji maksimum dan tidak memperoleh kenaikan pangkat kerana tiada kekosongan lagi.
Apapun, kita tunggu keputusan kerajaan mengenai kenaikan gaji maksimum ini yang akan diumumkan tidak lama lagi.