Pengumuman Kadar Dividen ASB 2012 yang akan diumumkan dijangka lebih tinggi dari tahun sebelumnya. Bagi semua pelabur ASB, ini merupakan berita yang sangat dinantikan. Kami turut paparkan bonus dividen ASB dilaman ini sebagai rujukan bersama. Menurut sumber, Permodalan Nasional Bhd (PNB) akan mengumumkan kadar dividen dan bonus kepada pelabur Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputra (ASB) pada 21 Disember 2012. Apapun, berapa peratus kenaikan akan diumumkan juga di laman ini.
Setiap tahun PNB membayar dividen dan bonus bernilai RM10 bilion kepada para pelabur dan jumlah yang besar tersebut sudah pasti memberi impak kepada ekonomi negara.
Kita lihat terlebih dahulu perincian Dividen mengikut tahun sebelumnya.