ads

Tuesday, October 30, 2012

Kerja Kerajaan Kosong


Sebenarnya masih banyak kerja kerajaan kosong di luar sana. Kenapa saya cakap masih banyak ? Jawapan saya mudah – kerana ramai yang lebih tertarik kepada kepada sektor swasta yang dianggap memberikan gaji yang lebih tinggi. Sebenarnya tanggapan ini adalah kurang tepat. Tak semua jawatan di sektor swasta yang menjanjikan gaji yang lebih tinggi daripada sektor kerajaan.
Kerja Kerajaan Kosong
Sedang Mencari Kerja Kerajaan Kosong ?
Gambar Oleh Doryfour

Kerja Kerajaan Kosong – Bagaimana Nak Cari Dan Dapatkan Maklumat Terkini


Saya akan kongsi beberapa tips yang anda boleh gunakan untuk mencari kerja kerajaan kosong di negara ini.
1. Cari kerja kosong menggunakan enjin carian seperti Google.
Ini adalah cara paling cepat untuk anda mendapatkan maklumat terkini berkaitan peluang kerja kerajaan. Apa yang perlu anda lakukan adalah dengan menaip kata kunci berkaitan kerja yang anda ingin pohon.
Sebagai contoh, katakan anda ingin bekerja di jabatan perikanan. Anda boleh taip kata kunci berikut di enjin carian Google atau Yahoo :
  • jawatan kosong jabatan perikanan
  • peluang kerjaya jabatan perikanan
  • kerjaya jabatan perikanan
  • peluang pekerjaan jabatan perikanan
Contoh yang saya berikan di atas adalah berkaitan jabatan perikanan. Anda boleh lakukan perkara sama untuk kementerian/jabatan yang lain. Terdapat banyak kementerian atau jabatan di negara ini.
2. Berhubung terus dengan organisasi kerajaan yang berkenaan.
Anda boleh bertanyakan terus organisasi kerajaan yang berkenaan. Anda boleh hubungi pejabat-pejabat kerajaan dan bercakap terus dengan pegawai di bahagian sumber manusia (human resource) Biasanya pejabat-pejabat mempunyai bahagian sumber manusia yang menguruskan hal ehwal tenaga kerja.
3. Cari kerja kerajaan kosong di portal Kementerian Sumber Manusia
Tahukah anda di negara kita terdapat Kementerian Sumber Manusia yang menguruskan hal-hal berkaitan peluang pekerjaan dan pembangunan sumber manusia di negara ini ? Kementerian tersebut telah memudahkan masyarakat umum yang sedang mencari peluang pekerjaan dengan menyediakan portal kerja – jobsmalaysia.gov.my
Di portal tersebut, majikan-majikan yang terdiri dari agensi kerajaan dan juga sektor swasta menyiarkan kerja-kerja kosong bagi memudahkan sesiapa yang berminat untuk memohon jawatan kosong tersebut.
4. Tanya rakan yang telah bekerja di sektor awam
Jika anda mempunyai rakan-rakan yang telah bekerja di pejabat-pejabat kerajaan, anda boleh tanyakan mereka jika terdapat kekosongan di pejabat mereka. Anda juga boleh bertanyakan mereka tentang bagaimana untuk memohon kerja kosong tersebut.

Jangan Bimbang, Kerja Kerajaan Kosong Sentiasa Ada Di Luar Sana

Saya telah terangkan 4 cara mudah untuk anda mencari kerja kerajaan kosong yang terdapat di luar sana. Memandangkan negara kita bertambah maju dan ekonomi negara semakin berkembang, peluang pekerjaan akan terus meningkat.
Tambahan pula, setiap tahun pasti ada yang meninggalkan jawatan mereka disebabkan faktor persaraan dan ada juga yang mencari peluang kerja lain di sektor swasta.
Yang penting, anda hendaklah memberanikan diri untuk memohon jawatan kosong ini. Jangan takut untuk memohon. Kerja-kerja kerajaan kosong ini wujud untuk diisi oleh majikan dan bukannya sekadar iklan semata-mata.
Jika anda mempunyai kelayakan akademik, terus isi borang permohonan kerja yang disediakan. Jangan tunggu-tunggu lagi. Tunjukkan yang terbaik semasa sesi temuduga kerja.
Jika permohonan anda ditolak, jangan berputus asa. Teruskan mencari dan memohon. Selagi masih ada kerja kerajaan kosong, selagi itulah anda masih berpeluang untuk menjawat jawatan di sektor awam. Teruskan usaha anda dan banyakkan berdoa supaya anda dimurahkan rezeki.

Newer Post Older Post Home
kongsikan dan hebahkan di facebook anda supaya rakan-rakan serta saudara-mara dapat mengetahui info tersebut :)
Disclaimer:
All job ads and career information published in the Jawatankerajaan.blogspot.com is intended to assist you in finding job vacancies in the government sector and private sector, this blog is above initiatives Jawatankerajaan.blogspot.com and no relation to any departments and companies.

Jawatankerajaan.blogspot.com not guarantee the accuracy, errors and changes the information published. We also not be liable for any losses when using the information in this blog.
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More