ads

Monday, September 5, 2011

Permohonan Kursus Sijil Kelayakan Profesional Untuk Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL) | Syarat Dan Kelayakan Memohon

Permohonan Kursus Sijil Kelayakan Profesional Untuk Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL)

Permohonan bagi mengikuti Kursus Sijil Kelayakan Profesional Untuk Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL) , anjuran Institut Aminuddin Baki, KPM ambilan 2012 telah pon dibuka. 

Pendaftaran Kursus NPQEL dibuka mulai 01/09/2011
dan berakhir pada 30/09/2011

Berikut adalah beberapa syarat dan kelayakan untuk memohon
Syarat-Syarat Permohonan

1. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang layak hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:
1.1 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) yang sedang berkhidmat dan telah disahkan dalam perkhidmatan sekarang pada tarikh tutup permohonan.

1.2 Kelayakan Akademik dan Ikhtisas:
* Bagi calon PPPS (guru sekolah rendah/menengah) hendaklah sekurang-kurangnya memiliki Ijazah Sarjana Muda atau yang setaraf dengannya dan Diploma Pendidikan/Sijil Perguruan atau yang setaraf dengannya.
* Bagi calon PPPLD hendaklah sekurang-kurangnya memiliki SPM/MCE atau yang setaraf dengannya dan Diploma Pendidikan/Sijil Perguruan atau yang setaraf dengannya.

1.3 Umur:
* Tiada had umur ditetapkan untuk permohonan ini.

1.4 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang memohon hendaklah telah berkhidmat sekurang-kurangnya 10 tahun dalam Skim Perkhidmatan Pendidikan pada tarikh tutup permohonan.

1.5 Mencapai Laporan Nilaian Prestasi Tahunan Gred A (purata 85 markah ke atas) bagi tempoh 3 tahun terkini.

1.6 Tidak pernah dikenakan apa-apa tindakan tatatertib, bersih daripada pertuduhan tatatertib dan bebas daripada dakwaan mahkamah.

1.7 Permohon mestilah sihat fizikal dan mental. Pemohon dikehendaki mengemukakan laporan kesihatan, jika perlu.

2. Permohonan
2.1 Permohonan hendaklah dibuat melalui 2 peringkat.

2.1.1 Peringkat pertama: Mengisi Borang Permohonan secara atas talian di http://www.iab.moe.gov.my/npqel.

2.1.2 Peringkat kedua: Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dimuat turun serta di tandatangan oleh Guru Besar / Pengetua / Ketua Jabatan / Pengarah..

Borang permohonan atas talian yang lengkap hendaklah dicetak dan dikemukakan bersama dokumen-dokumen berikut yang telah disahkan.

i. Salinan Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran (2 salinan);
ii. Salinan sijil-sijil akademik dan ikhtisas yang berkenaan (2 salinan);
iii. Surat Pengesahan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan bagi tiga (3) tahun terkini (2 salinan);
iv. Senarai tugas sekarang dan pengalaman bertugas yang disahkan oleh Ketua Jabatan (2 salinan);
v. Laporan maklumat staf dari Sistem Maklumat Staf (EMIS)(2 salinan);
vi. Kenyataan Perkhidmatan yang kemas kini (2 salinan);

2.2 Bagi permohonan dari sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah/Pejabat Pelajaran Gabungan (PPD/PPG) dan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), borang yang telah diisi dan disahkan oleh Guru Besar/Pengetua/Ketua Jabatan dicetak (2.1.3) hendaklah dihantar ke Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing untuk mendapat sokongan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri

2.3 Permohonan dari Bahagian-Bahagian pula hendaklah diajukan terus kepada Pengarah, Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pelajaran Malaysia setelah borang tersebut disahkan dan disokong oleh Ketua Jabatan/Pengarah Bahagian masing-masing.

2.4 Hanya calon-calon yang mengemukakan borang permohonan yang lengkap diisi dan memenuhi syarat kelayakan serta disenaraipendekkan akan dipanggil untuk menghadiri taksiran.

2.5 Borang permohonan yang diterima lewat daripada tarikh tutup permohonan tidak akan diproses.

2.6 Sebarang surat-menyurat mengenai ketidakpuasan hati dari segi penerimaan urusan permohonan tidak akan dilayan.

2.7 Keputusan kelayakan untuk dipanggil taksiran dan keputusan panel taksiran adalah muktamad.

2.8 Calon-calon yang tidak dipanggil taksiran atau tidak dihubungi dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh tutup permohonan, hendaklah menganggap permohonannya tidak berjaya.

3. Tarikh Tutup Permohonan Permohonan dari sekolah/PPD/JPN yang telah lengkap hendaklah dihantar ke JPN masing-masing sebelum 30 Sep. 2011. Semua permohonan yang telah diproses oleh JPN dan Bahagian-Bahagian Kementerian Pelajaran hendaklah dihantar pada atau sebelum 7 Okt. 2011 ke;

Pengarah
Institut Aminuddin Baki
Kementerian Pelajaran Malaysia
Sri Layang,
69000 Genting Highlands.

Sila layari pautan di bawah untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Newer Post Older Post Home
kongsikan dan hebahkan di facebook anda supaya rakan-rakan serta saudara-mara dapat mengetahui info tersebut :)
Disclaimer:
All job ads and career information published in the Jawatankerajaan.blogspot.com is intended to assist you in finding job vacancies in the government sector and private sector, this blog is above initiatives Jawatankerajaan.blogspot.com and no relation to any departments and companies.

Jawatankerajaan.blogspot.com not guarantee the accuracy, errors and changes the information published. We also not be liable for any losses when using the information in this blog.
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More