ads

Tuesday, March 12, 2013

Jawatan Kosong Perak - Majlis Perbandaran Kuala Kangsar Mac 2013


Iklan Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Kuala Kangsar Mac 2013


Permohonan adalah dipelawa daripada warganega Malaysia yang berkelayakan untuk memohon jawatan kosong seperti berikut :

1. Penolong Pegawai Tadbir (Pelancongan)

Klasifikasi : Perkhidmatan Pentadbiran dan Sokongan
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
Bilangan Kekosongan : 1
Taraf Jawatan : Kontrak/Tetap
Gred N27 Jadual Gaji Minimum Maksimum:
P1RM1361.14 – RM3565.62
P2RM1439.77 – RM3775.97
P3RM1521.80 – RM3992.94

Syarat Lantikan :

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) warganegara Malaysia
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
(ii) Diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada insitusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (keutamaan kepada pemegang diploma dalam bidang pelancongan dan perhubungan awam)
(Gaji permulaan ialah pada Gred N27:P1T5); atau
(iii) Diploma dalam bidang pengurusan harta benda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N27:P1T6);
(d) kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

2. Penolong Pegawai Penilaian


Klasifikasi : Perkhidmatan Kewangan
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
Bilangan Kekosongan : 1
Taraf Jawatan : KONTRAK/TETAP
Gred W27 Jadual Gaji Minimum Maksimum :
P1RM1366.27 – RM3570.75
P2RM1444.90 – RM3781.10
P3RM1526.94 – RM3998.07

Syarat Lantikan :

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) warganegara Malaysia
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) Diploma dalam bidang pengurusan harta tanah atau pengurusan harta benda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred W27 : P1T6)
(d) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Cara Memohon

1. Semua permohonan hendaklah mengemukakan Borang Permohonan yang boleh didapati di Kaunter Pertanyaan, Majlis Perbandaran Kuala Kangsar, Wisma MPKK, Jalan Taiping, 33000 Kuala Kangsar (waktu pejabat) dengan bayaran sebanyak RM2.00 atau dengan muat turun (download) melalui laman web Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (www.mpkkpk.gov.my) dengan menyertakan bersama kiriman wang pos sebanyak RM2.00 atas nama Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Kuala Kangsar sebagai wang proses. Borang permohonan adalah terhad.

2. Tiap-tiap permohonan hendaklah disertakan dengan salinan Sijil/Diploma/Ijazah dan keputusan peperiksaan yang telah diperolehi yang diakui sah dan sekeping gambar berukuran passport dengan sampul surat beralamat sendiri dan bersetem 60 sen.

3. Permohonan yang memohon lebih dari satu jawatan hendaklah menggunakan borang yang berasingan.

4. Permohonan berikut akan DITOLAK :
i. Tidak disertakan dokumen-dokumen yang diperlukan
ii. Tidak lengkap atau tidak terang.
iii. Tidak mematuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan
iv. Tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan bagi anggota kerja yang sedang berkhidmat
v. Tidak ditandatangani. 

Permohonan hendaklah sampai kepada :

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN KUALA KANGSAR,
WISMA MPKK, JALAN TAIPING
33000 KUALA KANGSAR.

Sebelum atau pada : 20 Mac 2013

a) Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja yang akan dipanggil untuk ditemuduga.
b) Permohonan yang tidak menerima jawapan selepas 3 bulan dari tarikh iklan ditutup, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Borang Klik sini

Sumber : http://www.mpkkpk.gov.my/

Jawatan Kosong Terkini Di ILP Kuala Lumpur Mac 2013


Iklan Jawatan Kosong Di ILP Kuala Lumpur Mac 2013

Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur (ILPKL) dengan ini mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan di ILPKL.

1. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (Guru Pendidikan Agama Islam) 

Kementerian/Jabatan/Badan : Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur
Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional/Khidmat Sokongan
Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Pendidikan
Taraf Jawatan : Pekerja Sambilan Harian (PSH)
Penempatan : Kuala Lumpur

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

(a) Ijazah Sarjana Muda/ Diploma dalam bidang Pengajian Islam yang diiktiraf oleh
kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. ( Kadar Upah : RM 100/ sehari ) atau,
(b) Diploma dalam bidang Pengajian Islam.( Kadar Upah : RM 72.00/ sehari )dan
(c) Lulus SPM dan keutamaan Kepujian dalam Bahasa Melayu , dan

2. Warganegara Malaysia

(d) Bersedia untuk memulakan kerja segera ( Jangkaan pengambilan perjawatan April 2013 )

Cara-cara Permohonan:

Sila hantar surat permohonan dan resume beserta sijil-sijil kelayakan kepada
Pengarah,
Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur,
Jalan Kuchai Lama,
58200, Kuala Lumpur.

No Telefon: 0379817495 No Faks: 0379832987

Tarikh tutup permohonan: 20 Mac 2013.

Sebarang pertanyaan berkenaan jawatan ini , sila hubungi Timbalan Pengarah Pengurusan
Latihan, Encik Abd Halim bin Ali Mohammed atau Puan Gayathri a/p Sunarun, Ketua Jabatan
Pengajian Am, di talian 03-79817495 sambungan 103/118.

Sumber : http://www.ilpkl.gov.my

Jawatan Kosong Kerajaan Jabatan Perikanan Malaysia Mac 2013


Iklan Jawatan Pegawai Kontrak Projek NKEA Jabatan Perikanan Malaysia


Pegawai Perikanan Gred G41- 1 kekosongan 
Penolong Jurutera Gred G29 - 2 kekosongan 
Penolong Pegawai Perikanan Gred G27 - 4 kekosongan 

Permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen-dokumen sokongan seperti berikut:

1) Borang Permohonan
2) Biodata Diri
3) Salinan kad pengenalan
4) Salinan Ijazah / Diploma beserta transkrip; dan
5) Salinan sijil-sijil yang berkaitan

Tarikh tutup permohonan adalah sebelum atau pada 15 Mac 2013 . 

Perhatian : Permohonan adalah dianggap tidak berjaya sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh tiga (3) minggu dari tarikh tutup permohonan.

Semua permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah disertakan bersama-sama dokumen sokongan yang telah disahkan dan dikemukakan kepada:

Pengarah
Bahagian Pentadbiran dan Kewangan
Jabatan Perikanan Malaysia
Aras 4, Blok 4G2, Wisma Tani
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62628 Putrajaya
(u.p : Seksyen Perkhidmatan)

Sila klik sini untuk memuat turun Borang Permohonan.

sumber : http://www.dof.gov.my/job

Jawatan Kosong Terkini Di UPSI (PERAK) Mac 2013


Iklan Jawatan Kosong Di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Mac 2013

universiti pendidikan sultan idris (upsi)

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), satu- satunya Universiti Pendidikan di Malaysia dengan ini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan menyertai kami meneruskan kebitaraan dengan mengisi jawatan - jawatan seperti tersenarai. Pemohon bermula 05 Mac 2013 (Selasa).

1. Jururawat
2. Penolong Pegawai Pertanian
3. Tukang

Permohonan adalah secara menghantar resume yang lengkap seperti perkara-perkara berikut: 
(Tidak perlu mengisi borang permohonan secara online. )

- Nama jawatan yang dipohon 
- Nama penuh dan nombor kad pengenalan 
- Gambar pemohon 
- Jantina dan taraf kewarganegaraan 
- Nombor telefon dan emel 
- Alamat 
- Kelayakan akademik 
- Pengalaman kerja 
- Kemahiran yang dimiliki

Pemohon juga mestilah menyertakan dokumen-dokumen berikut yang telah disahkan : 

- Salinan Kad Pengenalan 
- Salinan sijil-sijil persekolahan dan kelayakan akademik yang dimiliki 
- Salinan sijil-sijil penghargaan (jika ada) 
- Salinan dokumen-dokumen lain yang berkaitan (jika ada) 
- Salinan Buku Perkhidmatan dan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (3 tahun terkini bagi yang 
sedang berkhidmat dengan Kerajaan)

Resume dan lampiran-lampiran yang telah disusun dan dikepilkan hendaklah dihantar ke alamat:

UNIT PERJAWATAN
BAHAGIAN SUMBER MANUSIA
JABATAN PENDAFTAR
Tingkat 1, Bangunan Canselori
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
35900 Tanjong Malim, Perak

Sila catatkan nama jawatan yang dipohon di penjuru atas sebelah kiri sampul surat. Hanya permohonan yang lengkap dan diterima sebelum/pada tarikh tutup permohonan sahaja akan diproses. Jika pemohon tidak menerima sebarang pemberitahuan dalam tempoh enam (6) bulan selepas tarikh tutup permohonan, sila anggap permohonan adalah tidak berjaya. 

Tarikh tutup 22 Mac 2013

Maklumat lanjut sila klik sini

Jawatan Kosong Di Lembaga Pelabuhan Klang Mac 2013


Iklan Jawatan Kosong Di Lembaga Pelabuhan Kelang Mac 2013


Lembaga Pelabuhan Kelang mempelawa calon-calon warganegara Malaysia yang berdedikasi,
bermotivasi tinggi, bertanggungjawab terhadap tugas dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan
jawatan-jawatan berikut:

1. Pegawai Tadbir 
2. Penolong Pegawai Keselamatan
3. Pembantu Tadbir (Kewangan)

Borang permohonan boleh diperolehi dari Jabatan Sumber Manusia, Lembaga Pelabuhan Kelang atau muat turun melalui laman web LPK di www.pka.gov.my.

Tarikh tutup permohonan ialah pada 22 Mac 2013.

Maklumat lanjut sila klik sini
Borang klik sini

Jawatan Kosong Di Lembaga Pembangunan Pulau Tioman Mac 2013


Iklan Jawatan Kosong Di Lembaga Pembangunan Pulau Tioman Mac 2013


Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa memohon untuk mengisi kekosongan
jawatan-jawatan seperti berikut:-

1. Penolong Pegawai Penilaian
2. Juruteknik (Mekanikal)

Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan yang boleh didapati di Pejabat Lembaga Pembangunan Tioman atau mengemukakan sampul surat bersetem dan beralamat sendiri. 

Semua permohonan hendaklah lengkap dengan Salinan Sijil, Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran yang telah disahkan. Permohonan hendaklah dialamatkan kepada:

Pengurus Besar
Lembaga Pembangunan Tioman
No. A145-147, Tingkat 1&2
Lorong Tun Ismail 6
Sri Dagangan, 25000 Kuantan
No. Tel: 09-5141206

Tarikh tutup 15 Mac 2013 (Jumaat)

Maklumat lanjut sila klik sin
i

Thursday, March 7, 2013

Jawatan Kosong Di Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara Mac 2013


Jawatan Kosong Di Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara Mac 2013



Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (LPSVN), Sebuah Badan Berkanun di bawah Kementerian Kementerian Penerangan Komunikasi Dan Kebudayaan Malaysia sedang membuat pengisian bagi jawatan berikut;

1. PENOLONG KURATOR
2. PEMBANTU TADBIR
3. PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN

Tarikh tutup 18 Mac 2013

Syarat Kelayakan Permohonan Jawatan 
Borang Permohonan Jawatan Kosong

Jawatan Kosong Di Majlis Perbandaran Sepang Mac 2013


Jawatan Kosong Di Majlis Perbandaran Sepang Mac 2013


Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan. Keutamaan kepada rakyat Negeri Selangor yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan berikut:-

1. PENOLONG PEGAWAI TADBIR 
2. PENOLONG AKAUNTAN
3. PEMBANTU AKAUNTAN
4. PEMBANTU TADBIR
5. PEMBANTU JURUAUDIT
6. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI)
7. PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN
8. PEREKA
9. PEMBANTU AM PEJABAT
10. PEKERJA AWAM

Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Permohonan Jawatan yang boleh didapati di Bahagian Sumber Manusia Majlis Perbandaran Sepang atau menggunakan borang yang boleh dimuat turun menerusi laman Web Majlis Perbandaran Sepang di alamat www.mpsepang.gov.my

Tarikh tutup 14 Mac 2013

maklumat lanjut jawatan sila klik sini

Wednesday, March 6, 2013

Job Vacancies At Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang 2013


Job Vacancies At Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang March 2013

Job vacancies at perbadanan bekalan air pulau pinang
Available Vacancies :

1. SENIOR CHARGEMAN 
(CLOSING DATE : 17 MARCH 2013) 

2. SENIOR TECHNICIAN 
(CLOSING DATE : 20 MARCH 2013) 

Interested candidates are invited to APPLY ONLINE via JobStreet.com's Online Portal. 

Applicants should be Malaysian citizens or hold relevant residence status. Interested candidates are required to apply online by submitting updated resume - full personal particulars, qualifications and experience, stating present and expected salary, contact number together with a recent photograph. 

Only shortlisted candidates will be notified

Maklumat lanjut jawatan sila ke http://www.pba.com.my/careers.html

Job vacancy At UMCCed March 2013


The University of Malaya Centre for Continuing Education (UMCCed) invites Malaysian citizens with qualifications and work experience in related fields to fill vacancies of the following position at UMCCed:

POSITION : LECTURER 
EMPLOYMENT TYPE : CONTRACT (FULL-TIME)


Duties and Responsibilities:

Teaching in Diploma programmes offered by UMCCed in the following areas of specialisation:
  • Management
  • Business
  • Information Systems
  • Finance
  • Law
  • Human Resource 
Requirements:

Candidates must have :
  • at least a Bachelor’s Degree in the area of specialisation from higher educational institutions recognised by the Malaysian Government, or its equivalent recognised qualification ; and
  • an appropriate teaching experience and/or relevant work experience in related industry for at least 2 years
 Additional Requirements:
  • A good command in the English language
  • Experience in curriculum development and some knowledge in procedures and processes of accreditation required by the Malaysian Qualifications Agency (MQA)
  • Some experience in carrying out research in related areas of specialisation
  • Good interpersonal relationship with students with commitment towards student welfare
Application Procedure:

All applications must be submitted with a detailed resume comprising particulars of highest academic qualifications, work experience, last drawn salary, expected salary together with a recent passport-sized photograph and any other supporting documents by 15 March 2013 (Friday) to the following address :

Head
Human Resource Management Division

University of Malaya Centre for Continuing Education (UMCCed)
Level 7, Wisma R& D, University of Malaya
59990 Jalan Pantai Baharu
Kuala Lumpur
Tel : 03-224630000
Fax : 03-22463621

(We thank all applicants for their expressed interest; however, only applicants short-listed for an interview will be notified. For applicants who have not received any notification after six (6) months from the closing date, please deem your application as unsuccessful.)

Source : http://www.umcced.edu.my/JobVacancy.html

Newer Posts Older Posts Home
kongsikan dan hebahkan di facebook anda supaya rakan-rakan serta saudara-mara dapat mengetahui info tersebut :)
Disclaimer:
All job ads and career information published in the Jawatankerajaan.blogspot.com is intended to assist you in finding job vacancies in the government sector and private sector, this blog is above initiatives Jawatankerajaan.blogspot.com and no relation to any departments and companies.

Jawatankerajaan.blogspot.com not guarantee the accuracy, errors and changes the information published. We also not be liable for any losses when using the information in this blog.
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More