ads

Wednesday, June 22, 2011

Perkara Yang Anda Perlu Tahu Mengenai SPA | Persoalan Dan Pertanyaan

1. Bagaimanakah untuk memohon jawatan dalam kerajaan?
Permohonan untuk memasuki perkhidmatan awam persekutuan hendaklah di buat dengan mengisi Borang SPA8. Permohonan juga boleh di buat secara on-line di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia di www.spa.gov.my

2. Saya telah mendaftar dengan SPA. Bilakah saya akan di panggil temu duga?
Semua permohonan yang telah berdaftar dengan SPA akan di panggil temu duga sekiranya:
a. Terdapat kekosongan jawatan yang dipohon pengisian oleh Kementerian/Jabatan;
b. Memenuhi syarat skim perkhidmatan jawatan yang dipohon; dan
c. Melepasi asas tapisan yang dikenakan.
Setiap pemohon akan didaftarkan di dalam Bank Data SMSM dan akan diberi surat akuan pendaftaran.

3. Apakah jawatan yang sesuai dengan kelulusan akademik saya?
Maklumat mengenai kesesuaian jawatan yang dipohon dengan kelulusan akademik terdapat di dalam buku panduan Iklan SMSM. Buku panduan ini termasuk di dalam Pakej Permohonan Borang SPA8 yang boleh di beli dengan harga RM5.00.

4. Di mana perlu menghantar Borang SPA8?
Semua borang SPA8 hendaklah diposkan terus kepada Setiausaha, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, Aras 6 - 10 Blok C7, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62520 PUTRAJAYA.

5. Bilakah iklan jawatan kosong disiarkan?
Sejak SMSM dilancarkan pada tahun 1997, SPA tidak lagi mengiklankan kekosongan jawatan di akhbar seperti yang biasa dilakukan sebelum ini. Walau bagaimanapun SPA ada menyiarkan iklan 2 kali setahun untuk memaklumkan atau mengingatkan bakal pemohon mengenai jawatan yang berada di bawah bidang kuasanya. Para pemohon boleh menyemak maklumat yang dimaksudkan serta perkara lain berkaitan dengannya dan mereka boleh memohon jawatan yang diminati yang sesuai dengan kelayakan yang mereka miliki. Permohonan boleh dibuat pada bila-bila masa sepanjang tahun.

6. Perlukah saya menghantar biodata/maklumat peribadi (resume) untuk memohon jawatan melalui SMSM?
Tidak perlu. Pemohon hanya dikehendaki mengisi dengan teliti dan sempurna semua maklumat yang diperlukan dalam borang permohonan. Walau bagaimanapun, dokumen yang mengandungi maklumat tersebut serta dokumen lain yang berkaitan perlu dibawa pada hari temu duga.

7. Kenapa sesuatu permohonan itu tidak didaftarkan?
Sesuatu permohonan itu tidak didaftarkan mungkin disebabkan kegagalan calon mengisi borang dengan tepat mengikut panduan yang telah ditetapkan. Ini penting kerana urusan pendaftaran kini dibuat secara berkomputer sepenuhnya.

8. Bila saya patut memperbaharui pendaftaran?

Tempoh sah laku sesuatu pendaftaran ialah setahun. Jika tempoh ini telah luput, pemohon boleh memperbaharuinya dengan membuat pendaftaran semula. Ramai pemohon telah terlepas peluang untuk dipertimbangkan dalam sesuatu urusan pengambilan disebabkan tempoh sah laku pendaftaran mereka telah luput dan tidak diperbaharui semasa urusan pengambilan dijalankan. Pemohon juga dikehendaki memperbaharui pendaftaran sekiranya mereka ingin menukar jawatan yang dipohon. Pemohon tidak perlu menunggu sehingga tamat tempoh setahun bagi berbuat demikian. Bagi calon KPSL, pembaharuan pendaftaran boleh dibuat dengan menghantar surat makluman tanpa perlu mengemukakan permohonan baru.

9. Mengapa saya perlu perbaharui pendaftaran?

Setiap pendaftaran perlu diperbaharui walaupun pemohon tidak pernah dipanggil temu duga dalam tempoh setahun. Ini bertujuan untuk membolehkan SPA menyimpan maklumat pemohon yang benar-benar berminat sahaja dalam data banknya di samping mendapatkan maklumat pemohon yang terkini.

10. Mengapa pegawai sedang berkhidmat perlu memohon melalui Ketua Jabatan?
Syarat mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan yang dikenakan kepada pegawai sedang berkhidmat ada dinyatakan dalam Perintah Am 17 (P.U. (A) 176/2005). Tujuannya ialah supaya Ketua Jabatan dapat menyatakan pendirian mereka sama ada menyokong atau tidak menyokong permohonan pegawai berkenaan dan menyediakan dokumen yang diperlukan seperti Laporan Penilaian Prestasi serta Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini sekiranya pegawai berjaya dipanggil temu duga.

11. Bolehkah pegawai sedang berkhidmat memohon jawatan melalui internet?
Pegawai sedang berkhidmat kini dibenarkan memohon jawatan di bawah bidang kuasa SPA melalui internet. Walau bagaimanapun sekiranya berjaya dipanggil temu duga, mereka hendaklah membawa surat daripada Ketua Jabatan sebagai bukti bahawa permohonan mereka itu telah dimaklumkan kepada mereka. Seterusnya permohonan memperbaharui pendaftaran boleh dibuat melalui surat tanpa perlu mengemukakan borang baru. Walau bagaimanapun, calon pegawai sedang berkhidmat perlu memastikan telah disahkan dalam jawatan sekarang sebelum membuat permohonan jawatan baru.

12. Adakah semua institusi pengajian tinggi diiktiraf?
Tidak semua institusi pengajian tinggi (IPT), terutamanya institusi pengajian tinggi swasta (IPTS), sama ada di dalam atau di luar negara diiktiraf oleh Kerajaan. Oleh itu mereka yang ingin berkhidmat dengan Perkhidmatan Awam perlu memastikan IPT atau kelayakan yang mereka perolehi dari IPT berkenaan telah diiktiraf oleh Kerajaan. Senarai IPTS dan bidang pengajian yang diiktiraf ada dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia. Oleh itu, semakan bolehlah dibuat dengan Jabatan berkenaan atau laman web http://www.interactive.jpa.gov.my/frmmainiktiraf.asp .

13. Kenapa saya tidak dipanggil temu duga?
Ada pelbagai sebab mengapa seseorang pemohon itu tidak dipanggil temu duga walaupun telah lama mendaftar dengan SPA seperti:
a. Jawatan yang dipohon itu tidak ada yang kosong, atau jika kosong sekali pun Kementerian atau Jabatan di mana kekosongan itu wujud tidak meminta SPA membuat pengisian atas pelbagai sebab; atau/dan
b. Permohonan yang dikemukakan oleh pemohon tidak didaftarkan dengan bank data SPA; atau/dan
c. Pendaftaran pemohon telah luput tempoh sah lakunya dan pemohon tidak membuat pembaharuan; atau/dan
d. Pemohon tidak melepasi syarat tapisan yang dikenakan oleh Suruhanjaya sekiranya jumlah pemohon terlalu ramai; atau/dan
e. Pemohon tidak memenuhi syarat yang ditetapkan dalam iklan atau dalam skim perkhidmatan bagi jawatan yang mereka pohon.

14. Bolehkan saya memohon jawatan yang mensyaratkan kelayakan masuk yang lebih rendah?
Boleh, dengan syarat kelayakan yang anda miliki itu tidak melebihi satu peringkat lebih tinggi dari kelayakan yang ditetapkan untuk jawatan yang dipohon dan pemohon mempunyai kelayakan di peringkat berkenaan. Contoh: Jika anda memiliki kelayakan Diploma/STPM, anda boleh memohon jawatan yang mensyaratkan kelayakan masuk SPM. Demikian juga pemohon yang memiliki kelayakan ijazah sarjana muda di peringkat ijazah kepujian/am boleh memohon jawatan yang mensyaratkan kelulusan di peringkat Diploma atau STPM dengan syarat pemohon mempunyai kelayakan di peringkat Diploma/STPM. Walau bagaimanapun, kelayakan di peringkat matrikulasi tidak dinilai setaraf dengan kelayakan Diploma/STPM.

15. Bagaimana untuk mengetahui keputusan temu duga?
Keputusan temu duga, iaitu sama ada berjaya dipilih sebagai calon lantikan, simpanan ataupun gagal, akan disampaikan kepada anda melalui pos. Anda juga boleh menyemaknya melalui laman web SPA di alamat http://www.spa.gov.myatau telefon talian TeleSPA di nombor 600-83-7979 atau melalui sms di nombor 39111.

16. Apa akan berlaku jika saya menolak tawaran jawatan?
Calon yang telah ditawarkan jawatan tetapi menolaknya atau tidak melaporkan diri, tidak akan dipanggil temu duga bagi jawatan yang sama selama 3 tahun dan 1 tahun bagi jawatan yang lain, kecuali bagi jawatan Pegawai Perubatan, Pegawai Pergigian dan Pegawai Farmasi. Bagi jawatan yang menetapkan ujian sebagai salah satu syarat tapisan, pemohon boleh dipertimbangkan untuk dipanggil temu duga bagi jawatan yang memerlukan ujian itu dengan syarat mereka lulus ujian tersebut dan ada kelulusan khas Suruhanjaya walaupun mereka telah dilantik dan melapor diri ke jawatan yang lain.

17. Apa akan berlaku jika saya tidak hadir temu duga?
Calon-calon yang dipanggil temu duga tetapi tidak hadir tidak akan dikenakan sebarang penalti.

18. Bolehkan saya menukar tarikh dan pusat temu duga?

Boleh, sekiranya anda mempunyai alasan yang kukuh dan sebab yang munasabah. Pertukaran tarikh dan tempat temu duga, terutama yang melibatkan pusat temu duga di Sabah dan Sarawak, elok dipohon awal dengan menulis kepada Urus Setia SPA untuk mengelak sebarang kesulitan dengan menyertakan nama, no. kad pengenalan, no. telefon, jawatan, tarikh dan tempat temu duga asal, tarikh dan tempat temu duga baru dan alasan kenapa ingin bertukar.

19. Apakah keistimewaan yang dinikmati oleh calon KPSL atau pegawai sedang berkhidmat?
Biasanya calon KPSL diberi peluang hadir temu duga tanpa sebarang tapisan sekiranya mereka telah memenuhi syarat minimum yang ditetapkan oleh skim perkhidmatan kecuali jika kekosongan terlalu sedikit. Pegawai sedang berkhidmat juga (iaitu selain dari calon KPSL) biasanya akan melalui proses tapisan yang sama dengan calon lantikan terus. Namun, semasa ditemu duga ketiga-tiga kumpulan pemohon ini perlu bersaing tanpa sebarang keistimewaan atau kelonggaran kerana pemilihan akan dibuat berdasarkan merit.

20. Adakah kumpulan pemohon yang diberi pertimbangan khas?
Golongan pemohon lain yang tidak dikenakan tapisan ialah Orang Kurang Upaya (OKU), Orang Asli, peserta Program Pembasmian Rakyat Termiskin (PPRT) / Program Kesejahteraan Rakyat (PKR), dan Penerima Bantuan Am. Mereka ini akan dipanggil temu duga tanpa sebarang tapisan sekiranya memiliki kelayakan minimum yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan atau iklan. Walau bagaimanapun semasa menghadiri temu duga mereka dikehendaki membawa dokumen yang berkaitan untuk membuktikan status mereka itu.

21. Apakah keistimewaan pemohon dari kalangan pekerja sangkut, pegawai sementara, sambilan atau pegawai kontrak?
Tidak ada sebarang keistimewaan diberikan kepada pekerja sangkut (attachment), pegawai sementara, pegawai sambilan dan pegawai kontrak. Pertimbangan pemilihan mereka tertakluk kepada prosedur dan peraturan yang sama seperti yang dikenakan kepada pemohon lantikan terus. Ini bermakna mereka tidak dilantik tetap secara automatik walaupun terdapat kekosongan jawatan yang mereka pohon.

22. Adakah calon pemegang biasiswa Kerajaan diberi keistimewaan?
Pemohon dari kalangan pemegang biasiswa Kerajaan juga tidak diberi sebarang keistimewaan. Mereka tertakluk kepada prosedur yang sama seperti yang terpakai kepada calon lantikan terus yang lain dan pertimbangan pemilihan mereka bergantung kepada merit.

23. Sekiranya calon tidak menghadiri temu duga, apa kesannya kepada calon?
Calon tidak akan dikenakan sebarang tindakan. Namun demikian sekiranya calon telah ditawarkan untuk sesuatu jawatan, tetapi calon menolak, akan disenaraihitamkan selama 3 tahun untuk jawatan yang sama dan 1 tahun untuk jawatan yang lain.

24. Adakah pengalaman bekerja di sektor swasta diambil kira?
Tidak diambil kira. Namun demikian pengalaman tersebut dapat membantu calon agar lebih berkeyakinan.

25. Apakah kelebihan menyertai Perkhidmatan Awam?
Di antara kelebihan/kemudahan yang diperolehi setelah menyertai sektor awam adalah seperti Elaun Perumahan, Cost of Living Allowance (COLA), Imbuhan Tetap Khdimat Awam (ITKA), kenaikkan gaji setiap tahun, kemudahan pinjaman komputer dan kenderaan, cuti tahunan mengikut kelayakan, cuti bersalin serta pinjaman perumahan.

26. Adakah berlakunya diskriminasi di antara pelajar IPTA/IPTS?
Semua pemilihan calon akan dinilai secara adil/sama rata tidak kira sama ada calon dari IPTA/IPTS.

27. Bagaimana penetapan gaji masuk dilakukan?

Pemberian penetapan gaji masuk adalah berdasarkan jawatan yang disandang dan kelayakan yang diperolehi.

28. Sekiranya saya mempunyai Diploma, adakah saya boleh memohon jawatan bertaraf SPM?
Pemegang Diploma dibenarkan untuk memohon jawatan bertaraf SPM manakala Pemegang Ijazah boleh memohon jawatan bertaraf Diploma (sekiranya calon mempunyai Diploma).

sumber: http://cerita2malaysia.blogspot.com/

Vacancy Job In Telekom Malaysia Berhad (TM) - Jawatan Kosong Pelbagai Bidang

Telekom Malaysia (TM) has fixed its sights on domestic service. The company provides consumers and businesses with domestic fixed-line voice, data, and broadband service.

Available Vacancy :

Pembantu Pegawai Pentadbiran
Penyelia Operator Komputer
Assistant Manager SME Managed 2
MANAGER PROMO & EVENT Manager
Assistant Manager Security Engineer (3)
Assistant Manager 1st Level Support (4)
Juruteknik Kanan
MANAGER AREA 1 (Island)
Assistant Manager, ZONE LEADER BINTULU Executive
Manager Fault Mgmt

Close Date 30 June 2011

Tuesday, June 21, 2011

#Tips Temuduga - Objektif Dan Matlamat Utama Sesi Interview Dijalankan

Sebelum menghadapi temuduga, anda perlulah mengetahui objektif atau matlamat penemuduga. Ini adalah bagi memastikan diri anda berusaha untuk mencapai ke arah matlamat itu.

1. Biasanya penemuduga mahu melihat kebolehan berkomunikasi dengan baik. Ini adalah bagi melihat sejauh mana keyakinan anda dalam berkomunikasi dan teknik atau cara anda menyampaikan sesuatu. Seseorang yang memiliki keyakinan yang tinggi dalam percakapan dan mampu menghantar matlumat yang mudah difahami kepada si pendengar akan menambahkan minat penemuduga terhadapat anda. Kepentingan ini adalah aplikasi dalam dunia pekerjaan anda yang memerlukan anda berinteraksi dengan individu atau kelompok lain.

2. Perkara yang penting sekali ialah berkaitan perwatakan dirianda. Seseorang yang memiliki perwatakan menarik, mementingkan kekemasan dan kesempurnaan serta nilai moral yang tinggi mampu untuk menjatuhkan minat penemuduga terhadap anda. Sekiranya anda hadir temuduga dengan wajah yang bengis dan keterampilan diri yang buruk sudah pasti penemuduga telah ada jawapan gagal terhadap temuduga anda.

3. Selain itu, penemuduga ingin melihat sama ada anda mempunyai kelayakan yang bersesuaian ataupun tidak. Menerusi persoalan yang diajukan dan jawapan yang diberikan oleh anda, ianya melambangkan kelayakkan diri anda dalam melakukan pekerjaan itu.

4. Penemuduga juga ingin melihat sejauh mana semangat dan komitmen diri anda dalam mencapai pekerjaan itu. Sekiranya anda tidak mampu menunjukkan keprihatinan anda terhadap temuduga itu dan hadir dengan keadaan tidak bersedia, ianya akan menyebabkan penemuduga menganggap anda tidak berminat dengan kerja yang ditawarkan.

Bagaimana Hendak Menulis Resume Yang Kukuh Dan Mantap

INFO YANG ANDA PERLU TAHU UNTUK MEMBINA SATU RESUME YANG LENGKAP

Maklumat Peribadi (Personal Information)
Maklumat peribadi adalah merangkumi nama, alamat, nombor telefon dan e-mail. Anda boleh juga memasukkan profail ringkas yang merangkumi objektif kerjaya anda. Pastikan bahawa maklumat peribadi adalah ringkas. Tak payah nak masukkan info yang tidak relevan seperti warna rambut, status, tempat lahir, jumlah anak, jumlah isteri, opsss…

Tolong simpan huraian lanjut anda untuk bahagian yang lebih penting.

Hobi/ Aktiviti Masa Lapang (Interests/ Hobbies)
Majoriti majikan gemar mengambil calon yang mempunyai keseimbangan dalam kerjaya dan hidup. Menerangkan apa yang ada buat di masa senggang dapat menolong future employer menilai karektor anda. Adakah anda seorang yang suka menyertai kerja – kerja amal? Gemar fotografi? Menyelam? Penulisan kreatif? Sebutkan.

Hobi yang dinyatakan tidak semestinya berkaitan dengan kerjaya anda. Malah anda juga boleh memilih untuk tidak menyertakan maklumat berkaitan hobi.

Pendidikan dan Kelayakan Profesional (Education and Professional Qualifications)
Masukkan maklumat yang paling terkini sahaja. Misalnya, anda baru sahaja tamat pengajian ijazah. Maklumat tersebut adalah mencukupi, ditambah dengan maklumat sekolah menengah. Tak payah letak maklumat sekolah rendah, tadika dan taska. Sekiranya anda berkeras jugak (degil sungguh) nak letak maklumat sekolah rendah sebab anda lompat darjah dua kali (pandainyeeee… anak sape ni..), anda boleh berkongsi maklumat tersebut semasa temuduga, itupun sekiranya diperlukan. Bukan dalam resume.

Maklumat kelayakan profesional adalah kursus – kursus yang pernah anda ikuti atau persijilan (certification) tambahan yang anda perolehi. Misalnya, kursus keusahawanan, Six Sigma, LCCI cerification, kursus andaman dan sebagainya.

Ingat!

Hanya letakkan kelayakan profesional yang berkaitan dengan jawatan kosong yang anda pohon sahaja. Jangan beria – ia nak masukkan semua maklumat sampaikan kursus kahwin pun nak dimasukkan.

Skil/ Kemahiran (Skills)
Sertakan ringkasan skil: kemahiran mengunakan aplikasi komputer, book keeping, kelajuan menaip, project management, menggubah bunga, penyediaan western food, dan sebagainya.

Ingat!

Hanya letakkan skil yang paling relevan dengan kerjaya anda sahaja. Kalau apply untuk kerja network engineer , jangan letak ‘mahir menjahit cross-stitch‘. Kena baling ngan telur busuk.

Bahasa (Language)
Letakkan seberapa banyak bahasa utama yang anda tahu, berserta tahap penggunaan. Sekiranya anda tahu bahasa asing seperti bahasa Jepun atau Perancis, pastikan maklumat tersebut turut disertakan.

Contoh:

Language Spoken Written
English 8 10
Malay 10 10
Mandarin 8 6
Arab 10 7

Kriteria bahasa adalah lebih mudah dibaca dalam bentuk jadual. Pilihan jadual juga mempelbagaikan kandungan resume anda supaya tidak nampak mendatar.

Pengalaman Kerja (Working Experience)

Maklumat yang paling penting dalam penulisan resume anda adalah pengalaman kerja. Mengapa?

• perkara pertama yang akan dipertimbangkan oleh majikan.

• membezakan antara yang experienced dan fresh graduate .

• memutuskan sama ada anda mampu memikul tanggungjawab yang lebih berat.

• menentukan basic salary anda (fuiyo! penting tu).


So camane nak start cerita pasal working experience nih?

•The best would be in reverse chronological order (didahului dengan pengalaman kerja yang paling akhir). Semasa temuduga juga, majikan akan lebih menekankan soalan yang berkaitan dengan pengalaman kerjaya anda yang terkini.
•Nyatakan tarikh (tahun/ bulan) bila anda bermula dan mengakhiri setiap kerjaya. Pastikan tiada ruang kosong atau jarak yang lama di antaranya. Sekiranya ada, pastikan anda boleh menyatakan sebabnya apabila disoal semasa temuduga kelak.
•Terangkan dengan jelas tentang tugas dan tanggungjawab anda untuk setiap kerjaya. Tekankan skil yang paling relevan dengan kerjaya yang anda pohon. Anda boleh menggunakan beberapa perkataan yang power untuk memberikan professional feel kepada penulisan resume anda.
•Hadkan pengalaman kerja anda kepada tiga yang terakhir. Lima paling maksima. Sekiranya anda nyatakan lebih dari itu, majikan mungkin akan mendapat tanggapan bahawa anda suka job hopping (bertukar – tukar kerja).
Fresh graduates : Anda boleh abaikan bahagian ini. Tapi jangan lupa menyatakan tentang kursus atau praktikal yang pernah anda ikuti sekiranya ada.

Pencapaian dalam Kerjaya (Accomplishments)
Fikirkan. Apakah yang akan membezakan penulisan resume anda dengan yang lain? Calon lain pun ada skil yang diperlukan, calon lain pun ada beberapa tahun pengalaman, calon lain pun ada rujukan yang baik. Jadi apa yang anda boleh buat untuk membezakan atau menaikkan taraf resume anda daripada mereka?

Jawapannya adalah: pencapaian anda dalam bidang kerjaya

Inilah kriteria penghulu dalam penulisan sebuah resume. Biasanya diletakkan selepas atau digabungkan dengan kriteria Working Experience. Sekiranya kriteria ini dihuraikan dengan baik (dan segala aspek resume yang lain dipatuhi), saya jamin bahawa kemungkinan anda dipanggil temuduga adalah 110%. Begitulah kuatnya impak Accomplishments. It can work wonders.

Tetapi jarang sekali saya lihat kriteria di atas dititik beratkan oleh calon.

Pencapaian dalam kerjaya bermaksud pencapaian atau sumbangan anda yang ketara semasa bertugas. Ia mungkin dalam bentuk keuntungan, penjimatan, pembaik pulihan, pengiktirafan, anugerah dan sebagainya.

Lihat dua contoh di bawah:

Contoh A

Prepared training modules for new hires

Contoh B

Developed comprehensive training modules (Softskill & Product Knowledge) for new hires that lead to 32% increase in service level

Nampak tak perbezaan antara A dan B? Kedua – duanya menerangkan perkara yang sama tetapi ayat B mempunyai 3 kekuatan:

1.pengunaan perkataan yang power – developed, comprehensive
2.penerangan yang lebih fokus – softskill & product knowledge
3.pencapaian – that lead to 32% increase in service level
Ayat manakah yang anda rasa akan menarik perhatian bakal majikan? Tepuk dada dan tanyalah selera.

Rujukan (Referees)

Maklumat berkaitan dengan orang yang boleh menjadi rujukan anda. Jumlah optimum adalah empat orang. Dua dari bidang akademi, dua dari bidang pekerjaan. Maklumat yang perlu ada adalah nama, jawatan, syarikat dan nombor untuk dihubungi. Tempoh perkenalan adalah tidak perlu.

Penting!

Mintak izin dulu ye? Jangan memandai nak sumbat maklumat orang lain sesuka ati korang. Pentingnya meminta izin adalah supaya rujukan anda bersedia untuk bekerjasama sekiranya dihubungi oleh bakal majikan anda.

Bukan semua syarikat memerlukan rujukan. Jadi, anda boleh memilih untuk tidak menyertakan rujukan. Sekiranya diperlukan, maklumat rujukan boleh diberikan semasa temuduga atau diisi dalam borang temuduga.


Gaji (Salary)
Gaji sekarang (current salary)

Ada yang suka menipu dengan meletakkan amaun yang lebih tinggi untuk current salary, dengan harapan akan mendapat expected salary yang diinginkan. Ketahuilah bahawa majoriti syarikat akan meminta slip gaji terakhir sebelum menawarkan anda kerja. Kalau terbukti anda menipu, lupakan saja peluang anda untuk menjawat jawatan tersebut. Dengan kata lain, anda kantoi.

Gaji yang dikehendaki (expected salary)

Expected salary mestilah setimpal dengan kelayakan dan pengalaman anda. Setiap kali anda bertukar kerja, secara kasarnya anda boleh menaikkan expected salary dengan penambahan RM500 – RM2000 (pastikan setimpal dengan pengalaman). Atau gunakan prinsip kenaikan 30% – 50% dari gaji lama.

Jangan sekali – kali meletakkan gaji yang spesifik. Nyatakan lingkungan gaji yang dikehendaki sahaja.

Jangan lupa letakkan terma ‘Negotiable’ atau yang seangkatan dengannya. All the little details count! Terma ini menggambarkan bahawa gaji yang anda kehendaki masih boleh dirundingkan semasa proses temuduga nanti.

Contoh:

Expected Salary

RM2500 – RM3200 (Negotiable)

RM3200

RM2500 – RM3200 (Nego)

RM2500 – RM3200 (Negotiate)

Salary is fully negotiable

Salary is negotiable, depending on the responsibilities of the position.

Isu gaji paling baik dibincangkan semasa temuduga. Nyatakan gaji yang dikehendaki (expected salary) dalam resume hanya jika diminta berbuat demikian. Dikhuatiri, jika anda meletakkan gaji yang terlalu tinggi atau terlalu rendah, risiko untuk anda diketepikan dari panggilan temuduga juga sangat tinggi.

The bottom line is this: if it’s not asked, don’t volunteer. Senang citer.
Sumber : www.ambang-kerjaya-impian.com

Jawatan Kosong CCM Berhad - Skim Latihan 1Malaysia (SL1M)

Jawatan kosong di Chemical Company of Malaysia Berhad

Vancancy : SL1M CCM GRADUATE TRAINEE
Location : Kuala Lumpur
Company : CCM Berhad
The Job :

• Candidates will be engaged for a 6 months training period.

• Candidates will undergo an extensive on-the-job training programme along with the opportunity to learn through our various learning and development programmes.

• Candidates will be exposed to various operational activities as well as auxiliary support functions.

Benefits of Programme

• Opportunity to have a systematic exposure and enhance competency in preparing for your working career

• Right training to address your learning needs

• Coach to guide your growth and development

• Excellent employment prospects after completion of the programme for potential trainees

• You will be provided a monthly allowance and additional benefits throughout the programme
The Person :


• Fresh graduates with Bachelor’s Degree from recognised universities with relevance to CCM businesses.

• Minimum CGPA 2.50.

• Unemployed for at least 6 months after graduation.

• Age not more than 28.

• Minimal prior working experience.

• Actively involved in extra-curricular activities.

• Applicants should be a Malaysian citizen.

• Applicants also must be committed to continuous-learning and self improvement.

Only shortlisted candidate will be notified.

Further info jawatan kosong di Chemical Company of Malaysia Berhad

Closing date 30 June 2011

Alamat Penuh Pusat Temuduga SPA Seluruh Malaysia | Tempat Interview SPA

Pusat Temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia;

Putrajaya 
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
Aras 6-10, Blok C7
Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62520 Putrajaya
Tel:             03-8885 6000      

Jalan Cenderasari
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
Jalan Cenderasari
Kuala Lumpur
Tel:             03-26933884      

SPA Cawangan Sabah
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
Urus Setia Cawangan Sabah
Aras 1, Blok A, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah,
Jalan UMS/Sulaman, Likas,
88450 Kota Kinabalu
Sabah
Tel:             088 488922      

SPA Cawangan SarawakSuruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
Urus Setia Cawangan Sarawak
Tingkat 10, Bangunan Sultan Iskandar
Jalan Simpang Tiga
93520 Kuching Sarawak
Tel:             082 240011      

Pusat Temu Duga SPA Kota Bharu, Kelantan
Tingkat G & 1, Lot 1211
Jalan Pengkalan Chepa
15400 Kota Bharu, Kelantan

Pusat Temu Duga SPA Kuantan, Pahang
Aras 5, Mahkota Square
Jalan Mahkota
25000 Kuantan, Pahang

Pusat Temu Duga SPA Kuching, Sarawak
Tingkat 3, Bangunan Stallion,
Rock Commercial Centre,
Batu 1 1/2, Jalan Rock,
93200 Kuching, Sarawak

Pusat Temu Duga SPA Sibu, Sarawak
Tingkat Bawah & 1, No. 2, (Lot 9),
Lorong Pedada 2A, Jalan Pedada,
96000 Sibu, Sarawak

10 Sebab Kenapa Anda Gagal Menyelesaikan Masalah Pekerjaan Dengan Baik

Anda mungkin pernah mengalami masalah tidak dapat menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh ketua dengan baik. Cuba anda renungkan kembali apakah faktor-faktor yang menjadi punca masalah anda itu, semoga dengan ini anda dapat mencari jalan penyelesaian bagi masalah anda itu.

1. Terlalu banyak gangguan
Berdasarkan kajian yang telah dibuat, antara gangguan yang sering berlaku di tempat kerja ialah mesyuarat yang tak dirancang, panggilan telefon, suasana bising dan sebagainya.

2. Anda tidak mempunyai sumber yang lengkap.
Seumpama tukang masak yang memerlukan sudip dan kelengkapan memasak yang lain, begitu jugalah dengan pekerja yang memerlukan maklumat dan kelengkapan kerja seperti komputer dan data-data yang diperlukan untuk menghasilkan kerja yang memuaskan dan tepat pada masanya.

3. Anda tidak tahu apa yang hendak dilakukan.
Menurut Clayton Warholm, seorang pakar di dalam komunikasi di tempat kerja, terdapat dua punca pekerja tidak mahir dalam melakukan kerja mereka. Samada tugasan yang diberikan itu tidak dijelaskan secara terperinci oleh ketua ( tidak tahu apa hendak dibuat) ataupun pekerja itu tidak dilatih dengan baik ( anda tidak tahu bagaimana untuk melakukannya).

4. Anda mempunyai terlalu banyak tugasan
Sesetengah orang mempunyai terlalu banyak kerja yang tidak mungkin dapat disiapkan walaupun terpaksa bekerja 24 jam sehari selama 7 hari seminggu. Perkara ini biasa berlaku dalam mana-mana organisasi yang mempunyai pekerja yang sedikit. Akibatnya, kekecewaan akan berlaku apabila anda tidak dapat menyiapkan tugas kerana tidak mungkin akan dapat melakukannya.

5. Anda tiada kemahiran menguruskan masa.
Pekerja yang mempunyai kemahiran ini melakukan apa yang paling penting tetapi sebaliknya pula bagi yang lemah pengurusan masanya melakukan apa yang dilihatnya senang dan menyeronokkan.

6. Anda seorang yang suka bertangguh.
Kenapa harus menunggu esok jika perkara itu boleh dilakukan hari ini? Anda mungkin menangguhkan sesuatu kerja itu kerana anda khuatir hasil kerja anda itu tidak memuaskan hati. Sebagai contoh, sekiranya anda takutkan kegagalan dan khuatir akan menghasilkan kerja yang kurang bagus, maka anda akan membuka peluang untuk anda mengelak daripada melakukan apa-apa. Walaupun anda sebolehnya inginkan kesempurnaan dalam setiap hasil tugas yang anda lakukan, tetapi bos ataupun client anda lebih melihat kepada kerja yang kurang sempurna daripada anda tidak melakukan langsung kerja tersebut.

7. Anda rasa tidak dihargai
Sekiranya anda merasakan diri anda tidak dihargai ataupun anda memperolehi gaji yang tidak setimpal dengan kerja yang anda lakukan, maka anda mungkin tidak dapat memberikan 100% komitmen dalam kerjaya yang anda ceburi. Secara sedar ataupun tidak kebanyakan pekerja cuba untuk menyeimbangkan antara ‘memberi dan diberi’ antara mereka dan majikan. Mereka akan melakukan kerja berdasarkan kepuasan hati mereka terhadap majikan. Pekerja yang merasakan mereka tidak dihargai akan menjadi kurang berusaha, kerap mengambil cuti, cuai dan sebagainya.

8. Keutamaan syarikat yang bertukar-tukar.
Anda sedang menyiapkan projek A, tetapi tiba-tiba majikan anda mengarahkan supaya anda meninggalkan seketika projek A tersebut dan memberikan tumpuan kepada projek B. Apabila perkara ini berlaku, anda akan berfikir bahawa anda tidak menyelesaikan tugas anda, tetapi majikan anda berfikir sebaliknya. Setengah orang adalah flexible dan senang untuk serasi dengan arahan yang baru dan teruja untuk melakukan tugas yang baru tetapi ada juga sesetengah orang yang akan merasa kecewa apabila tidak dapat menyiapkan sesuatu projek. Jika anda adalah orang yang kedua seperti disebutkan tadi dan bekerja di dalam industri yang sepanjang masa akan berlaku perubahan, maka anda perlu mempertimbangkan untuk menukar kerjaya anda.

9. Anda ‘Burned out’
Merujuk kepada website American Psychological Association, burnout ialah keletihan emosi yang disebabkan oleh tekanan yang teruk di tempat kerja. Ia mungkin kerana suasana tempat kerja yang negatif seperti pekerjanya sering bermusuh antara satu sama lain, tertekan dengan deadline yang ketat, jangkaan dan harapan yang terlalu tinggi terhadap sesuatu perkara, kerisauan dan melakukan kerja yang tidak sepadan dengan kemampuan. Kesemua ini adalah antara sebab dan punca berlakunya tekanan jantung dan sakit-sakit yang lain.

10. Ganjaran bagi tugasan yang telah anda siapkan.
Anda mungkin seorang yang hebat kerana dapat menyiapkan tugas sebelum ataupun tepat pada masanya. Namun peliknya, kebanyakan organisasi menghadiahkan pekerja yang rajin dan bekerja keras itu dengan tambahan kerja yang lebih banyak menggantikan bonus atau faedah yang lain. Sekiranya perkara ini berlaku di dalam organisasi anda, tidak mustahil anda akan merasakan tidak termotivasi untuk bekerja dengan lebih keras.

Monday, June 20, 2011

Destinasi Anda Selepas Tamat Zaman Persekolahan? | Sambung Belajar Atau Melangkah Ke Alam Pekerjaan?

Ramai di antara rakan - rakan pelajar kita yang sebelum ini dah berjaya melanjutkan pelajaran ke dalam bidang yang diminati. Selain dari kelayakan serta keputusan cemerlang yang mereka terima, mereka juga cepat mengambil tahu tentang maklumat permohonan kerjaya.Mereka dahulupun sentiasa tertanya-tanya 'ke mana ye saya nak pergi selepas SPM nie'?
Dan kebanyakan mereka yang berjaya juga sentiasa mengambil tahu peluang dan permohonan kerjaya melalui media massa, buku panduan kerjaya yang TERKINI, surat khabar dan seumpamanya. Pelajar yang berjaya ialah pelajar yang banyak bertanya tentang status kerjaya dari semasa ke semasa.

DESTINASI ANDA SELEPAS MENGHAKHIRI ZAMAN PERSEKOLAHAN

Kebanyakan pelajar lepasan SPM masih tercari-cari hala tuju masing-masing. Sukar untuk membuat keputusan tepat yang bakal menentukan masa depan sendiri. Di sini apa kata anda baca sedikit mengenai pilihan kerjaya anda selepas SPM.

1. Universiti
Pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang bolehlah memilih universiti sebagai destinasi mereka selepas SPM. Jika anda ingin ke universiti, anda harus memohon UPU lepasan SPM/setaraf sebelum ditawarkan program diploma atau asasi di mana-mana IPTA di Malaysia.
2. Kolej Matrikulasi
Sekiranya anda gagal mendapat program asasi melalui UPU, janganlah bersedih. Anda masih boleh membuat program foundation atau pengajian asas di matrikulasi dalam bidang Sains Hayat, Sains Fizikal atau Perakaunan.

Sama saja dengan asasi. Selepas matrik, boleh apply UPU lagi untuk lepasan STPM/setaraf di mana anda akan memilih course untuk pengajian ijazah anda. Matrik ada yang programnya setahun dan ada yang dua tahun bergantung kepada keputusan SPM anda.
3. Luar Negara
Pelajar-pelajar yang mendapat biasiswa akan melanjutkan pelajaran di luar negara. UK, US, Australia, New Zealand, Indonesia, India, Japan, Korea, France, Egypt, Russia, Ireland dan Canada antara negara-negara yang menjadi pilihan pelajar-pelajar Malaysia.
4. Politeknik dan apa jua Program Teknikal dan Latihan.
Jangan berputus asa sekiranya anda gagal UPU dan matrik. Anda masih boleh melanjutkan pelajaran di politeknik-politeknik seluruh Malaysia. Bila dah dapat result SPM, mohon cepat-cepat sebelum tutup tarikh permohonan.

Di politeknik, anda boleh mohon sijil atau diploma. Dengar-dengar ada 3 politeknik yang bakal dinaik taraf menjadi universiti. Politeknik Ungku Omar (PUO) dan Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) antara politeknik yang bagus dari segi akademiknya. Banyak juga program yang ditawarkan di ILP dan ILJTM, MLPK dan sebagainya.
5. Kolej-kolej
Kalau beli newspaper sekarang ni, banyak iklan-iklan kolej swasta. Tapi kena pandai pilihlah kolej mana yang bagus. Kalau nak sangat masuk kolej, saya cadangkan anda masuk kolej-kolej yang mempunyai nama seperti Kolej Mahsa atau Masterskill. Nanti masuk kolej yang tak diiktiraf MQA (dahulunya LAN), susah nak dapat kerja.

Saya syorkan anda mohon medical courses seperti Farmasi, Teknologi Makmal Perubatan dan Sains Kesihatan sebab banyak peluang pekerjaan menanti anda diluar sana. Ada juga kolej yang menawarkan program diploma bersekutu dengan IPTA-IPTA di Malaysia. Contohnya di Kolej Shahputra ada ditawarkan program diploma UiTM. Anda juga boleh mohon Kolej Komuniti. Buatlah pilihan yang bijak.
6. Tingkatan Enam
Ramai pelajar lepasan SPM menjadikan tingkatan 6 sebagai destinasi terakhir mereka selepas SPM. Kenapa tingkatan 6 kurang popular? Bila masuk tingkatan 6, rasa macam budak-budak sekolah lagi kan?

Kena pakai uniform sekolah, kena pergi ke sekolah, ada perhimpunan dan sebagainya. Tak macam di universiti, matrikulasi atau kolej yang ada sedikit kelonggaran.

Tapi sedar tak sedar, STPM juga berharga sebenarnya. Kalau mohon UPU untuk STPM/setaraf, pelajar-pelajar lepasan STPM diberi keutamaan dulu berbanding pelajar-pelajar lepasan diploma dan matrikulasi.
7. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)
Ramai yang tidak tahu kewujudan website SPA dan ada juga yang tak tahu langsung pasal SPA ini. SPA ni boleh anda mohon kerja-kerja tertentu seperti jururawat, juru x-ray, juruaudit, juruukur dan sebagainya.

Jika permohonan anda berjaya, anda akan ditemuduga. Lulus temuduga barulah anda akan ditawarkan melanjutkan pengajian di kolej-kolej kejururawatan. Untuk kerja selain jururawat, saya tak berapa pasti.
8. ALAM
Sesiapa yang berminat untuk melibatkan diri dengan dunia pekerjaan yang lebih mencabar, bolehlah mohon Akademi Laut Malaysia (ALAM).
9. Kursus Ketenteraan
Bagi sesiapa yang berminat dengan aktiviti lasak serta tahan dengan cabaran dan dugaan fizikal yang tinggi, bolehlah membuat permohonan ini. Terdapat banyak caranya dan anda boleh rujuk di laman web atau buku panduan kerjaya yang TERKINI yang berdekatan dengan anda.
10. Kursus Penerbangan
Mesti ramai yang berminat dengan kursus ini.Kursus ini merangkumi kerjaya seperti juruterbang, pramugara, pramugari dan ahli-ahli biasa di kawasan lapangan penerbangan. Kerjaya seperti juruterbang, pramugari dan pramugara ini lebih kepada di awangan biru manakala ahli biasa lebih kepada proses teknikal di kawasan lapangan penerbangan.
11. IPG
Bagi mereka yang berminat menceburi bidang perguruan bolehlah memohon kerjaya ini. Kerjaya ini sememangnya menjanjikan kepuasan kerana kita dapat berbakti kepada anak bangsa kelak. Walaupun agak mencabar serta bebanan tugas yang bakal ditempuhi, perkara ini umpama seperti alah bisa tegal biasa. Jadi bekerjalah dalam mendidik anak bangsa sehingga berjaya dan berguna untuk masyarakat dan negara kelak.
Dalam pada pelajar berusaha membuat perbandingan tentang kursus pengajian, ayuh amalkan juga solat istikharah serta sentiasa berdoa semoga Allah memberikan ilham untuk kita membuat keputusan terbaik yang diharapkan dapat membawa kebaikan kepada kehidupan kita di dunia ini dan juga di akhirat kelak.

Selain itu, tanamkan niat dalam diri untuk menjadikan kerjaya yang bakal dibina sebagai satu perjuangan dalam usaha memenuhi tuntutan fardu kifayah terhadap umat Islam. Umat Islam masa kini sememangnya memerlukan ramai pakar dalam segenap bidang untuk maju ke hadapan demi mencapai khaira ummah.

Insya-Allah, kita sebagai generasi belia Islam hari ini dapat memenuhi aspirasi ummah dengan mencipta kecemerlangan dalam bidang yang diceburi.

Konklusinya, berikut yang telah diterangkan adalah beberapa destinasi yang pelajar Lepasan SPM yang boleh pilih. Banyak lagi sebenarnya tetapi ini pun sudah mencukupi untuk merangkumkan segalanya. Saya doakan anda berjaya kelak!!

credit to : http://tipkerjaya.blogspot.com/

Job Application Letter Sample In Bahasa Melayu / Malaysia

Kebanyakan masa anda akan menulis permohonan anda dan surat dalam bahasa Inggeris. Walau bagaimanapun, syarikat-syarikat tertentu dan organisasi, terutamanya yang berada di dalam operasi kerajaan, masih menerima surat permohonan dalam Bahasa Malaysia / Melayu.

Terdapat banyak contoh anda boleh merujuk kepada atau memuat turun dari internet,tetapi berikut adalah contoh surat yang boleh anda gunakan.

Contoh
Pengarah, Sumber Manusia
Jabatan Kesihatan Daerah
Daerah Kuala Berang
25600, Kuala Berang, Terengganu
20 Mei 2008
Tuan/Puan,
PERMOHONAN JAWATAN SEBAGAI PEMBANTU PERIBADI/SETIAUSAHA
Perkara di atas dirujuk.
Saya seperti yang bernama di atas, dengan sukacitanya ingin mengemukakan permohonan jawatan sebagai Pembantu Peribadi/Setiausaha di organisasi tuan/puan.
2. Untuk pengetahuan tuan/puan, saya merupakan pemengang Ijazah dalam bidang Kesetiausahaan daripada Universiti Teknologi MARA Malaysia, UiTM, Shah Alam. Saya telah menamatkan pelajaran saya pada bulan Julai 2008.
3. Buat masa ini, saya menggalas jawatan sebagai Pembantu Tadbir di Kulim Sdn Bhd, sebuah syarikat swasta yang berkecimpung dalam bidang pembuatan dan juga hartanah. Jawatan yang saya sandang sekarang adalah merupakan jawatan sementara dan saya kini dalam usaha untuk memohon jawatan secara tetap.
Saya berharap permohonan saya akan mendapat pertimbangan yang sewajarnya dari pihak tuan. Keprihatinan tuan terhadap perkara ini amat saya hargai.
Sekian, terima kasih.
Yang benar.
…………………………
SALAMON BIN SALAMAT

Newer Posts Older Posts Home
kongsikan dan hebahkan di facebook anda supaya rakan-rakan serta saudara-mara dapat mengetahui info tersebut :)
Disclaimer:
All job ads and career information published in the Jawatankerajaan.blogspot.com is intended to assist you in finding job vacancies in the government sector and private sector, this blog is above initiatives Jawatankerajaan.blogspot.com and no relation to any departments and companies.

Jawatankerajaan.blogspot.com not guarantee the accuracy, errors and changes the information published. We also not be liable for any losses when using the information in this blog.
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More