ads

Showing posts with label semakan keputusan permohonan. Show all posts
Showing posts with label semakan keputusan permohonan. Show all posts

Monday, August 3, 2015

Permohonan Sekolah Pendidikan Khas Tingkatan 1 & 4 Online 2016

Permohonan sekolah pendidikan Khas tahun 2016 Tingkatan 1 dan 4 secara online. Menerusi makluman rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 di Sekolah Pendidikan Khas 2016 akan dibuka mulai 27 Julai 2015 hingga 12 September 2015.
sekolah-pendidikan-khas-2016
Permohonan Sekolah Pendidikan Khas 2016 Ting 1 & 4 Online
Tempoh Permohonan Sekolah Pendidikan Khas 2016
27 Julai 2015 sehingga 12 September 2015.

Wednesday, January 16, 2013

Semakan Keputusan SBP Tingkatan 4 - 2013 Online


Semakan keputusan kemasukan SBP Tingkatan 4 sesi 2013 Secara Online. Kepada pemohon yang telah membuat permohonan SBP terutamanya calon PMR, anda boleh buat semakan mulai 16 Januari 2013. Perkara itu telah diumumkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dimana semakan keputusan dan rayuan boleh dibuat secara online mulai tarikh yang telah ditetapkan.
Permohonan SBP Tingkatan 4 2013
Cara Buat Semakan SBP Tingkatan 4 Tahun 2013 online
Semakan Tawaran dan Rayuan Ke Tingkatan Empat (4) di Sekolah Berasrama Penuh Tahun 2013 boleh dibuat di Laman Web Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia di url http://www.moe.gov.my
Nota Penting: Talian applikasi semakan akan dibuka mulai 16 Januari 2013.

Tuesday, December 18, 2012

Semakan Keputusan Permohonan MRSM 2013 Tingkatan 1 Dan 4


Semakan keputusan kemasukan MRSM 2013 bagi tingkatan 1 dan 4 online. Untuk pengetahuan calon, keputusan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) akan diumumkan pada minggu ketiga pada awal bulan januari tahun 2013. Setiap calon juga boleh menyemak keputusan melalui talian secara online atau pun guna khidmat pesanan ringkas (SMS). Setakat ini, tarikh rasmi masih belum dikeluarkan dan akan diumumkan juga dilaman ini apabila tarikh sebenar dikeluarkan oleh pihak MARA.
Keputusan MRSM 2013
Cara Buat Semakan Keputusan MRSM 2013
Untuk membuat semakan, sila layari laman http://www.mara.gov.my
Cara Semakan MRSM 2013 Guna SMS
Taip MARA jarak MRSM jarak ANGKA GILIRAN dan hantar ke 15888
Apapun, kami harap anda berjaya untuk mendapat tempat di Maktab Rendah Sains Mara.

Semakan Keputusan Permohonan SMKA/ KAA/ SABK Sesi 2013 Tingkatan 1


Semakan keputusan kemasukan SMKA/ KAA/ SABK bagi sesi 2013 Tingkatan 1 secara online. Untuk makluman kepada semua calon, sistem talian semakan sudah pun dibuka mulai 17 Disember 2012. Semakan boleh dibuat melalui sistem applikasi atas talian mengikut negeri masing-masing dan turut kami sediakan dibawah. Berikut adalah langkah atau cara bagaimana anda boleh menyemak tawaran tersebut.
semakan smka 2013
Rujukan Singkatan Nama bagi Setiap Sekolah
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)
Kelas Aliran Agama (KAA)
Cara Buat Semakan SMKA Dan SABK 2013
Sukacita dimaklumkan bahawa semakan tawaran ke Tingkatan 1 (SATU) ke Sekolah Kawalan di bawah Jabatan Pelajaran Negeri (Sekolah Kawalan dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama(SMKA) Ambilan Januari 2013 bagi murid-murid Tahun 6 Sesi 2012 (kecuali permohonan dari negeri Perak) boleh dibuat melalui sistem online Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) bermula pada 17 Disember 2012 selepas jam 2.30 petang hingga 31 Disember 2012.
Sila layari Laman Web http://parents.sekolahmalaysia.com untuk membuat semakan.
Cara Semakan KAA 2013
Untuk semakan tawaran ke Tingkatan 1  ke Sekolah Kawalan di bawah Jabatan Pelajaran Negeri untuk Kelas Kawalan, Kelas Rancangan Khas (KRK) dan Kelas Aliran Agama (KAA) Ambilan Januari 2013, sila hubungi Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) atau Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) masing-masing untuk maklumat lanjut.
Cara Semakan Guna SMS
Semakan melalui sms juga disediakan dengan menaip MOEKWL Angka Giliran UPSR  (contoh: MOE  SKWL AG9999999) kemudian SMS ke 15888 mulai 17 Disember 2012 selepas jam 2.30 petang hingga 24 Disember 2012.

Thursday, December 13, 2012

Semakan Keputusan Sekolah Seni 2013 Tingkatan 1


Semakan keputusan kemasukan ke Sekolah Seni Malaysia 2013 bagi tingkatan 1. Kepada calon yang telah membuat permohonan pada bulan oktober yang lalu, anda kini boleh membuat semakan tawaran. Dimaklumkan bahawa semakan tawaran ke Tingkatan 1 (SATU) Sekolah Seni Malaysia Ambilan 2013 bagi murid-murid Tahun 6 Sesi 2012 boleh dibuat melalui sistem online eSSeM bermula pada 11 Disember 2012 hingga 31 Disember 2012.
sekolah seni 2013
Cara Buat Semakan Sekolah Seni 2013
Selamat maju jaya kepada semua calon.

Wednesday, December 12, 2012

Semakan Keputusan SBP 2013 Tingkatan 1 Secara Online


Semakan keputusan permohonan SBP 2013 bagi Tingkatan 1 secara online akan diumumkan pada 16 Disember 2012. Kenyataan itu dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Menurut KPM, semua calon boleh ketahui keputusan mereka pada tarikh yang ditetapkan.
semakan keputusan sbp 2013
Jumlah Calon Yang Layak Diterima SBP sesi 2013
Dari jumlah permohonan sebanyak 105,357, seramai 7710 murid dipilih dan akan ditempatkan di tingkatan 1 SBP tahun 2013. Dari jumlah tersebut 3645 adalah murid perempuan dan 4065 tempat adalah disediakan untuk murid lelaki. Dasar pengambilan murid ke SBP dengan memberi keutamaan murid berasal dari sekolah pedalaman dan luar bandar. Oleh itu sebanyak 5397 iaitu 70% permohonan diterima adalah dari murid-murid berasal dari sekolah pedalaman dan luar bandar.
Calon Yang Layak Untuk Ke SBP 2013 Tingkatan 1
Murid warganegara Malaysia dan mencapai 5A dalam UPSR adalah dipertimbangkan, walaubagaimanapun seramai 2313 ( 30% ) adalah mendapatsekurangnya 3A2B diterima kerana berasal dari keluarga miskin berpendapatan dibawah Paras Garis Kemiskinan ( Kumpulan Miskin Tegar )
Cara Semakan SBP 2013 Tingkatan 1
Untuk membuat semakan, sila layari laman http://www.moe.gov.my untuk mengetahui keputusan. Talian semakan hanya dibuka pada tarikh yang telah ditetapkan. Harap maklum.

Sunday, December 9, 2012

Semakan Keputusan Tawaran DPLI-SR JQAF 2013 Online

Berikut adalah semakan keputusan perguruan DPLI-SR JQAF Sesi 2013 secara online. Semakan Tawaran calon berjaya ke Institut Pendidikan Guru (IPG) dan penempatan guru boleh disemak mulai 10 Disember 2012.  Calon dikehendaki mencetak surat tawaran sementara melalui internet untuk tujuan pendaftaran.
Tarikh Penting DPLI-SR JQAF 2013
Cara Semakan DPLI-SR JQAF 2013
Untuk membuat semakan, sila layari laman Applikasi Semakan Perguruan. Talian semakan akan dibuka pada tarikh yang telah ditetapkan.
Cara Pendaftaran DPLI-SR JQAF 2013
Calon dikehendaki membawa bersama surat tawaran sementara semasa pendaftaran pada 17 Disember 2012. Lokasi pendaftaran adalah di sekolah yang ditetapkan.

Saturday, December 8, 2012

Semakan Keputusan Permohonan IKBN 2013 secara ONLINE


Semakan keputusan permohonan IKBN sesi 2013 kini boleh dibuat secara online. Kepada semua calon yang telah membuat permohonan secara atas talian pada beberapa bulan lalu, applikasi semakan kini sudah dibuka mulai 8 Disember 2012. Semua calon boleh ketahui keputusan ke Institut Kemahiran Belia Negara mulai petang ini.
IKBN 2013
Cara Semakan Keputusan IKBN 2013
Untuk membuat semakan, sila layari applikasi semakan Sistem Kemasukan Ke IKBN 2013
Calon hanya perlu masukkan nombor kad pengenalan dan jika berjaya. Satu ucapan tahniah kepada anda akan terpapar.

Sunday, September 30, 2012

Permohonan Sarjana Perubatan IPTA Sesi 2013


Permohonan kemasukan ke IPTA bagi Sarjana Perubatan 2013 akan dibuka kepada pemohon mulai 24 September 2012 pada jam 12.00 tengah hari. Semua pemohon yang berkelayakan boleh memohonan untuk mengikuti kursus perubatan di senarai UPU yang terpilih.
Permohonan Sarjana Perubatan IPTA Sesi 2013
Cara Permohonan Sarjana Perubatan IPTA Sesi 2013
  1. Pemohon dikehendaki mengemukakan Kad Pengenalan/ MyKad atau salinan Kad Pengenalan/ MyKad pemohon semasa membuat pembelian Nombor Unik ID. Sekiranya pemohon tidak mengemukakan dokumen di atas, berkemungkinan anda tidak boleh membeli Nombor Unik ID dan seterusnya membuat permohonan kemasukan ke IPTA.
  2. Pemohon hanya dikehendaki membayar wang berjumlah RM 25.60 untuk membeli Nombor Unik ID di mana-mana kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh Malaysia. BSN akan mengeluarkan slip resit yang mengandungi Nombor Unik ID pemohon. Pembelian Nombor Unik ID hendaklah dibuat atas Nama dan No. Kad Pengenalan pemohon.
  3. Pemohon dikehendaki memasukkan Nombor Unik ID yang didapati dari kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk memasuki laman web permohonan Dalam Talian.
Laman Web Permohonan Sarjana Perubatan 2013
Permohonan boleh dibuat di http://upu.mohe.gov.my/ mulai 24 September 2012
Tarikh Tutup Permohonan
Tarikh tutup permohonan pada 23 oktober 2012

Tuesday, April 24, 2012

Semak Keputusan Permohonan Matrikulasi Sesi 2011/2012 Melalui SMS & Secara Online

Berikut adalah cara  membuat semakan keputusan Matrikulasi 2012 guna SMS dan Online. Seperti yang anda semua maklum terutamanya pelajar lepasan SPM, keputusan Matrikulasi boleh disemak mulai 25 April 2012 ini. Ini merupakan hari yang ditunggu-tunggu buat calon lepasan SPM 2011 yang telah membuat permohonan matrikulasi.
matrikulasi 2012
Cara Semakan Guna Sistem Pesanan Ringkas SMS
Taip MOE (jarak) MAT (jarak) No.KP (tanpa sempang) dan hantar kepada 15888 Contoh: MOE MAT 921001115263 dan hantar ke 15888
Cara Semakan Guna Talian Online
Melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) di Semakan Tawaran Kolej Matrikulasi.


Selamat berjaya kepada semua calon.

Friday, April 20, 2012

Keputusan Kemasukan Program Matrikulasi bagi Sesi 2011/2012 Boleh di Semak mulai 25 April ini

Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia akan mengumumkan keputusan calon yang berjaya untuk mengikuti program matikulasi bagi sesi 2011/2012 pada 25 April.
Dalam satu kenyataan, kementerian itu berkata semua pelajar lepasan SPM 2011 yang membuat permohonan sebelum tarikh tutup 10 oktober tahun lalu boleh menyemak keputusan mereka di laman web KPM http://www.moe.gov.my/


Pendaftaran pelajar untuk program Matrikulasi akan diadakan pada 28 mei ini dan pelajar yang berjaya dikehendaki mencetak sendiri surat tawaran, panduan pendaftaran, dokumen peribadi pelajar dan borang perjanjian pelajar (dua salinan).


Bagi calon yang tidak berjaya, rayuan boleh dibuat dilaman web KPM yang sama mulai 25 April ini sehingga 13 mei 2012.

Thursday, January 26, 2012

Semak Keputusan Permohonan Kemasukan Ke KV, SMT dan SMV 2012

TERKINI: Keputusan Rayuan / Ambilan Kedua
  • Difahamkan ada kolej/sekolah yang telah mengumumkan keputusan rayuan, sila semak laman web kolej/sekolah yang dirayu atau hubungi terus kolej/sekolah tersebut untuk maklumat lanjut.

Keputusan Permohonan Kemasukan Ke Kolej Vokasional, Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional 2012

Para pelajar yang telah mendapatkan keputusan PMR 2011 dan ada membuat permohonan memasuki Tingkatan 4 2012 ke Kolej Vokasional (KV), Sekolah Menengah Teknik (SMT) atau Sekolah Menengah Vokasional (SMV) Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) boleh menyemak keputusan permohonan mereka secara online mulai 30 Disember 2011 pukul 8.00 malam.
Kolej Vokasional / Sekolah Menengah Teknik / Sekolah Menengah Vokasional
Sementara itu difahamkan terdapat para pelajar yang telah mula menerima panggilan telefon atau surat yang memaklumkan mereka telah berjaya mendapat tawaran samada ke KV, SMT atau SMV.

Semakan Permohonan KV SMT SMV

Rayuan

  • Bagi yang tidak berjaya mendapat tawaran, mereka boleh membuat rayuan.
  • Rayuan boleh dibuat terus kepada Kolej Vokasional, Sekolah Menengah Teknik atau Sekolah Menengah Vokasional yang berkenaan.
  • Keputusan rayuan tertakluk kepada kekosongan tempat yang ada setelah proses pendaftaran pelajar yang menerima tawaran.
  • Senarai laman web KV/SMT/SMV .

Maklumat

  • Sebarang pertanyaan dan maklumat tambahan boleh diperolehi dengan menghubungi Kolej Vokasional, Sekolah Menengah Teknik / Vokasional yang berhampiran atau Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional di talian 03-8884 5154 / 5031 / 5073.

Older Posts Home
kongsikan dan hebahkan di facebook anda supaya rakan-rakan serta saudara-mara dapat mengetahui info tersebut :)
Disclaimer:
All job ads and career information published in the Jawatankerajaan.blogspot.com is intended to assist you in finding job vacancies in the government sector and private sector, this blog is above initiatives Jawatankerajaan.blogspot.com and no relation to any departments and companies.

Jawatankerajaan.blogspot.com not guarantee the accuracy, errors and changes the information published. We also not be liable for any losses when using the information in this blog.
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More