ads

Showing posts with label pmr. Show all posts
Showing posts with label pmr. Show all posts

Sunday, December 16, 2012

Semakan Keputusan PMR 2012 Online - Penilaian Menengah Rendah 2012

Berikut adalah cara semakan keputusan PMR 2012 secara online atau guna SMS. Umum sudah ketahui bahawa result PMR akan diumumkan pada 19 Disember ini.  Semua calon PMR boleh dapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas pukul 10 pagi pada hari tersebut.
keputusan pmr 2012
Kementerian Pelajaran turut memperkenalkan perkhidmatan semakan keputusan PMR melalui mySMS 15888. Perkhidmatan itu akan diaktifkan bermula pukul 10 pagi pada 19 Disember ini dan ditamatkan pada pukul 11.59 tengah malam, 25 Disember 2012.
Kepada semua calon, kami doakan yang terbaik untuk anda. Sebelum mengambil keputusan, tenangkan hati dan berdoa agar anda mendapat keputusan yang diidamkan selama ini. Kami pasti setiap calon membawa harapan yang tinggi untuk keluarga masing-masing.

Wednesday, December 12, 2012

Tarikh Pengumuman Keputusan PMR 2012 DiKeluarkan


Tarikh rasmi keputusan PMR 2012 akan diumumkan keluar pada 19 Disember 2012. Pengumuman tersebut dibuat oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Mesti ramai yang menantikan keputusan PMR mereka dengan penuh debaran sehingga tidur tidak lena dibuatnya. Apa yang anda usahakan selama ni akan terpapar diatas sekeping slip peperiksaan yang penuh makna. Keputusan ini adalah penentu untuk calon melanjutkan pelajaran di Sekolah Asrama Penuh, Maktab Rendah Sains Mara, SMK Teknik atau SMK Harian Biasa.
keputusan pmr 2012
Keputusan PMR 2012 akan dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan melalui sekolah masing-masing pada rabu 19 Disember 2012. Calon PMR boleh mengambil keputusan masing-masing selepas jam 11.00 pagi di sekolah masing-masing. Diharap semua calon berjaya dan setimpal dengan usaha anda.
keputusan pmr 2012

Wednesday, December 5, 2012

Semakan Keputusan PMR 2012 - Melalui SMS

Semakan Keputusan PMR 2012 sms

Seperti tahun terdahulu,keputusan PMR (Peperiksaan Ujian Penilaian Menengah Rendah) lazimnya akan diumum keluar pada bulan Disember.Justeru itu calon PMR 2012 pastinya sedang menunggu keputusan pada bulan ini




Merujuk kepada tarikh pengumuman yang dahulunya, keputusan PMR tahun 2010 (23 Disember) dan 2011 (22 Disember) masing-masing pada hari Khamis

Oleh itu tidak mustahil bagi tahun 2012 keputusan PMR akan diumumkan pada hari Khamis juga,merujuk kepada sumber yang tidak rasmi keputusan PMR 2012 akan diumumkan pada 20 Disember ini

Namun ini bukanlah tarikh rasmi.Apapun tunggu kenyataan daripada pihak berkaitan di Majlis Pengumuman Analisis Keputusan PMR 2012 nanti


Ruangan ini akan dikemaskini jika mendapatkan maklumat tarikh sebenarnya

Selain mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing,semakan juga boleh dibuat menerusi sistem perkhidmatan pesanan ringkas (sms) dengan format penghantaran seperti berikut

Taipkan

PMR (No MyKad) (Angka Giliran) dan sms ke 15888

Contoh

PMR 961021145879 BC001A040 sms ke 15888

*rujuk pada paparan gambar di atas

Older Posts Home
kongsikan dan hebahkan di facebook anda supaya rakan-rakan serta saudara-mara dapat mengetahui info tersebut :)
Disclaimer:
All job ads and career information published in the Jawatankerajaan.blogspot.com is intended to assist you in finding job vacancies in the government sector and private sector, this blog is above initiatives Jawatankerajaan.blogspot.com and no relation to any departments and companies.

Jawatankerajaan.blogspot.com not guarantee the accuracy, errors and changes the information published. We also not be liable for any losses when using the information in this blog.
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More