ads

Showing posts with label PDRM. Show all posts
Showing posts with label PDRM. Show all posts

Sunday, August 2, 2015

Temuduga Terbuka Sebagai Inspektor Polis Lelaki dan Wanita (PDRM) I Jawatan Kosong Polis

Jawatan Kosong / Temuduga Terbuka Sebagai Inspektor Polis Lelaki dan Wanita (PDRM) pada 27 dan 28 Julai 2015. Dimaklumkan Eksesais Pengambilan bagi jawatan Inspektor Polis (Lelaki/Wanita) secara ‘walk-in’ akan diadakan pada 27 Julai 2015 (untuk wanita) dan 28 Julai 2015 (untuk lelaki).

Syarat-syarat adalah seperti berikut:

  • Hanya permohonan melalui www.spa.gov.my BAGI TAHUN 2013 DAN 2014 SAHAJAyang layak untuk hadir dalam ‘walk-in’ ini.
  • Sesalinan permohonan SPA perlu dibawa sebagai bukti mengesahkan permohonan pada tahun tersebut.


Jawatan Kosong Inspektor Polis (PDRM) 2015


Tag : Jawatan Kosong PDRM, Jawatan Kosong Polis, Jawatan Kosong Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jawatan Kosong Inspektor Polis Lelaki dan Wanita.

Sila baca Lampiran Urusan Dokumentasi dan Skim Perkhidmatan untuk panduan sebelum hadir.
Borang ganti rugi perlu dicetak dan ditandatangani oleh saksi dan dibawa bersama semasa menghadiri dokumentasi ini.

Sila muat turun dokumen di bawah:
- Urusan Dokumentasi
- Skim Perkhidmatan
- Lokasi Walk-in Dokumentasi
- Borang Ganti Rugi

Sebarang kemusykilan, boleh hubungi talian berikut:- 03-22668350 / 8351 / 8352 / 8349 (Unit Pengambilan PDRM).

Wednesday, January 23, 2013

Jawatan Kosong Polis DiRaja Malaysia (PDRM) 2015(TERKINI)



Permohonan bagi jawatan di dalam Polis DiRaja Malaysia (PDRM) kini boleh dibuat secara online melalui Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam 

jawatan :-

1. Inspektor (Lelaki/Wanita)
2. Sarjan (Lelaki/Wanita)
3. Konstabel (Lelaki/Wanita)
4. Konstabel Sokongan (Lelaki/Wanita)

Calon-calon hendaklah berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun (PMR / SPM / STPM / Diploma / Ijazah Sarjana Muda / Sarjana) dan tidak lebih daripada 35 tahun (PhD) pada tarikh pendaftaran. Sila rujuk Skim Perkhidmatan PDRM.

Permohonan adalah menggunakan Borang Pendaftaran Pekerjaan Di Sektor Awam (SPA8i) yang boleh diperolehi melalui pautan ini : http://putra3.spa.gov.my/online/BORANGSPA8I

Tuesday, October 30, 2012

Kerja-Kerja Sebagai Inspektor Gred YA13 | Deskripsi Tugas serta Syarat Lantikan

KLASIFIKASI:INSPEKTOR (LELAKI / WANITA)
KUMPULAN PERKHIDMATAN:PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
GRED GAJI / JAWATAN:
YA 13
JADUAL GAJI:
PERINGKATGAJI MINIMUMGAJI MAKSIMUMKADAR KENAIKAN
GAJI TAHUNAN
P1
P2
P3
RM2,328.12
RM2,479.21
RM2,635.62
RM5,327.53
RM5,579.96
RM5,837.50
RM230.00
SYARAT LANTIKAN1.
Syarat permohonan bagi jawatan Inspektor adalah mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 25 Tahun 2009 seperti berikut:-
(a)Terdiri dari warganegara Malaysia;
(b)Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan;
(c)Kelayakan akademik :
i)Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan P1 : RM2,328.12 ] ATAU
ii)Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan P1 : RM2,473.88 ] ATAU
iii)Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dalam bidang-bidang yang diperlukan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi- institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan P1 : RM2,619.63 ] ATAU
iv)Ijazah Doktor Perubatan Veterinar yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan P1 : RM2,765.39 ] ATAU
v)Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan P1 : RM2,911.15 ] ATAU
vi)Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan; atau
[ Gaji Permulaan P1 : RM2,911.15 ] ATAU
vii)Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan serta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan;
[ Gaji Permulaan P1 : RM3,056.91 ] ATAU
viii)Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia;
[ Gaji Permulaan P1 : RM3,202.67 ] ATAU
ix)Ijazah Sarjana Muda Perubatan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan P1 : RM3,056.91 ] ATAU
x)ijazah sarjana yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan P1 : RM2,911.15 ] ATAU
xi)ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang forensik, matematik atau perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[ Gaji Permulaan P1 : RM3,202.67 ] DAN
xii)Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(c)Kelayakan fizikal :
Pemohon-pemohon hendaklah mempunyai ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:
i)Tinggi sekurang-kurangnya 1.63m (lelaki) dan 1.57m (wanita) tanpa bersepatu.
ii)Berat badan sekurang-kurang 50kg (lelaki) dan wanita sekurang-kurangnya 48kg.
iii)Ukuran lilitan dada biasa 81cm (normal) dan semasa menarik nafas 86cm (lelaki sahaja).
iv)Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V / 6 / 9 tanpa mengguna alat bantuan.
v)Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat.
vi)Diakui sihat oleh pegawai perubatan kerajaan termasuk pemeriksaan X-Ray.
DESKRIPSI TUGAS2.Menjalankan tugas-tugas kepolisan selaras dengan fungsi di Jabatan Pengurusan, Jabatan Siasatan Jenayah, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam, Jabatan Logistik, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Cawangan Khas danJabatan Siasatan Jenayah Komersil. Antara tugas-tugas tersebut ialah mentadbir, merancang pencegahan jenayah, menyiasat, menangkap dan mendakwa, mengatur kawalan trafik, mengumpul risikan, menyediakan peralatan dan perhubungan, mengekalkan keselamatan awam di darat, laut dan udara bagi mewujudkan suasana aman dan tenteram di kalangan rakyat dan negara.
sumber : http://www.spa.gov.my/Portal/Deskripsi_Tugas/SPP/Inspektor

Kerja-Kerja Sebagai Sarjan Gred YA5 | Deskripsi Tugas serta Syarat Lantikan

KLASIFIKASI:SARJAN (LELAKI / WANITA)
KUMPULAN PERKHIDMATAN:SOKONGAN
GRED GAJI/JAWATAN:
YA 5
JADUAL GAJI:
PERINGKATGAJI MINIMUMGAJI MAKSIMUMKADAR KENAIKAN
GAJI TAHUNAN
P1
P2
P3
RM1,710.39
RM1,821.06
RM1,935.62
RM3,675.74
RM3,852.49
RM4,033.13
RM150.00
SYARAT LANTIKAN1.
Syarat permohonan bagi jawatan Sarjan adalah mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 25 Tahun 2009 seperti berikut:-
(a)Terdiri dari warganegara Malaysia;
(b)Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan;
(c)Kelayakan akademik :
i)Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
[ Gaji Permulaan P1 : RM1,710.39 ] atau
ii)Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
[ Gaji Permulaan P1 : RM1,710.39 ] atau
iii)Diploma yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan P1 : RM1,817.18 ] dan
iv)Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(c)Kelayakan fizikal :
Pemohon-pemohon hendaklah mempunyai ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:
i)Tinggi sekurang-kurangnya 1.63m (lelaki) dan 1.57m (wanita) tanpa bersepatu.
ii)Berat badan sekurang-kurang 50kg (lelaki) dan wanita sekurang-kurangnya 48kg.
iii)Mempunyai ukuran indeks jisim badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26.
iv)Ukuran lilitan dada biasa 81cm (normal) dan semasa menarik nafas 86cm (lelaki sahaja).
v)Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V / 6 / 9 tanpa mengguna alat bantuan.
vi)Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat.
vii)Diakui sihat oleh pegawai perubatan kerajaan termasuk pemeriksaan X-Ray.
DESKRIPSI TUGAS2.Menjalankan tugas-tugas kepolisan selaras dengan fungsi di jabatan pengurusan, jabatan siasatan jenayah, jabatan keselamatan dalam negeri dan ketenteraman awam, jabatan logistik, jabatan siasatan jenayah narkotik, cawangan khas dan jabatan siasatan jenayah komersil. Antara tugas-tugas tersebut ialah mentadbir, merancang pencegahan jenayah, menyiasat, menangkap dan mendakwa, mengatur kawalan trafik, mengumpul risikan, menyediakan peralatan dan perhubungan, mengekalkan keselamatan awam di darat, laut dan udara bagi mewujudkan suasana aman dan tenteram di kalangan rakyat dan negara.
sumber : http://www.spa.gov.my/Portal/Deskripsi_Tugas/SPP/Sarjan

Kerja-Kerja Sebagai Konstabel Gred YA1 | Deskripsi Tugas serta Syarat Lantikan


KLASIFIKASI:KONSTABEL (LELAKI / WANITA)
KUMPULAN PERKHIDMATAN:SOKONGAN
GRED GAJI / JAWATAN:
YA 1
JADUAL GAJI:
PERINGKATGAJI MINIMUMGAJI MAKSIMUMKADAR KENAIKAN
GAJI TAHUNAN
P1
P2
P3
RM1,013.61
RM1,081.56
RM1,151.46
RM2,433.90
RM2,540.49
RM2,649.49
RM100.00
SYARAT LANTIKAN1.
Syarat permohonan bagi jawatan Konstabel adalah mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 25 Tahun 2009 seperti berikut:-
(a)Terdiri dari warganegara Malaysia;
(b)Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan;
(c)Kelayakan akademik :
i)Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
[ Gaji Permulaan P1 : RM1,013.61 ] dan
ii)Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(c)Kelayakan fizikal :
Pemohon-pemohon hendaklah mempunyai ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:
i)Tinggi sekurang-kurangnya 1.63m (lelaki) dan 1.57m (wanita) tanpa bersepatu.
ii)Berat badan sekurang-kurang 50kg (lelaki) dan wanita sekurang-kurangnya 48kg.
iii)Mempunyai ukuran indeks jisim badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26.
iv)Ukuran lilitan dada biasa 81cm (normal) dan semasa menarik nafas 86cm (lelaki sahaja).
v)Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V / 6 / 9 tanpa mengguna alat bantuan.
vi)Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat.
vii)Diakui sihat oleh pegawai perubatan kerajaan termasuk pemeriksaan X-Ray.
DESKRIPSI TUGAS2.Menjalankan tugas-tugas kepolisan selaras dengan fungsi di jabatan pengurusan, jabatan siasatan jenayah, jabatan siasatan jenayah komersil, jabatan keselamatan dalam negeri dan ketenteraman awam, jabatan logistik, jabatan siasatan jenayah narkotik dan cawangan khas. Di antara tugas-tugas tersebut ialah rondaan mencegah jenayah dan mengumpul risikan keselamatan, menangkap, mengawal, mengiring pesalah-pesalah, mengawal trafik, membuat rondaan di laut dan udara bagi mengawal perairan negara, bagi mewujudkan suasana aman dan ketenteraman di kalangan rakyat dan negara.

sumber :http://www.spa.gov.my/Portal/Deskripsi_Tugas/SPP/Konstabel

Kerja-Kerja Sebagai Konstabel Sokongan Gred YT1 | Deskripsi Tugas serta Syarat Lantikan

KLASIFIKASI:KONSTABEL SOKONGAN (LELAKI / WANITA)
KUMPULAN PERKHIDMATAN:SOKONGAN
GRED GAJI/JAWATAN:
YT 1
JADUAL GAJI:
PERINGKATGAJI MINIMUMGAJI MAKSIMUMKADAR KENAIKAN
GAJI TAHUNAN
P1
P2
P3
RM851.17
RM919.12
RM989.02
RM1,794.36
RM1,887.43
RM1,982.74
RM85.00
SYARAT LANTIKAN1.
Syarat permohonan bagi jawatan Konstabel Sokongan adalah mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 25 Tahun 2009 seperti berikut:-
(a)Terdiri dari warganegara Malaysia;
(b)Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan;
(c)Kelayakan akademik :
i)Penilaian Menengah Rendah / Sijil Rendah Pelajaran atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
[ Gaji Permulaan P1 : RM851.17 ] dan
ii)Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(c)Kelayakan fizikal :
Pemohon-pemohon hendaklah mempunyai ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:
i)Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m (lelaki) dan 1.52m (wanita) tanpa bersepatu.
ii)Berat badan sekurang-kurang 50kg (lelaki) dan wanita sekurang-kurangnya 48kg.
iii)Mempunyai ukuran indeks jisim badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26.
iv)Ukuran lilitan dada biasa 81cm (normal) dan semasa menarik nafas 86cm (lelaki sahaja).
v)Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V / 6 / 9 tanpa mengguna alat bantuan.
vi)Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat.
vii)Diakui sihat oleh pegawai perubatan kerajaan termasuk pemeriksaan X-Ray.
DESKRIPSI TUGAS2.Menjalankan tugas-tugas kepolisan selaras dengan fungsi di jabatan pengurusan, jabatan siasatan jenayah, jabatan keselamatan dalam negeri dan ketenteraman awam, jabatan logistik, jabatan siasatan jenayah narkotik, cawangan khas dan jabatan siasatan jenayah komersil. Antara tugas-tugas tersebut ialah mentadbir, merancang pencegahan jenayah, menyiasat, menangkap dan mendakwa, mengatur kawalan trafik, mengumpul risikan, menyediakan peralatan dan perhubungan, mengekalkan keselamatan awam di darat, laut dan udara bagi mewujudkan suasana aman dan tenteram di kalangan rakyat dan negara.


Wednesday, July 20, 2011

Polis Diraja Malaysia (PDRM) Mewujudkan Akademi Kepolisan di UniverSiti Teknologi Mara (UiTM)

Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Khamis memeterai kerjasama dengan Universiti Teknologi MARA (UiTM) antara lain mewujudkan Akademi Kepolisan di UiTM bagi mendedahkan penuntut universiti itu mengenai kerjaya dalam bidang berkenaan dan peluang pengajian kepada anggota polis yang berminat.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata PDRM menyambut baik hasrat UiTM bagi menubuhkan akademi berkenaan yang akan mempertingkatkan kemahiran dan kelayakan akademik anggota polis selain menjalankan kajian secara bersama bagi meningkatkan mutu perkhidmatan pihak berkuasa itu.

"Kita harap jiwa kepolisan ini akan didedahkan kepada penuntut UiTM yang bakal menjadi ketua negara pada masa depan supaya mereka faham bidang tugas polis dan dalam masa yang sama bagi pihak kita akan mempertingkatkan sistem penyampaian PDRM," katanya dalam sidang media selepas mewakili PDRM menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) mengenai kerjasama itu dengan UiTM di sini.

Naib Canselor UiTM Prof Datuk Dr Sahol Hamid Abu Bakar mewakili institut pengajian tinggi itu di majlis tersebut.

Dr Sahol Hamid berkata fasa pertama kerjasama PDRM dan UiTM untuk menggerakkan akademi itu, Maktab Polis Diraja Malaysia Kuala Lumpur akan terbabit secara langsung dalam pengendalian Kursus Bahasa Inggeris Komunikatif pada 18 hingga 22 Julai ini di UiTM membabitkan 25 anggota polis frontline dan polis pelancong di Lembah Klang.

Dr Sahol Hamid berkata persediaan untuk memulakan akademi itu telah lama disiapkan dan bakal bermula pada bila-bila masa lebih-lebih lagi selepas termeterainya MoU pada Khamis.

Beliau berkata akademi itu akan ditempatkan di kampus utama di Shah Alam dan diletakkan di bawah Fakulti Pengajian Polisi.

"Pelbagai kajian bersama boleh dilakukan antara UiTM dan PDRM dalam usaha menambahbaik bidang tugas kepolisan yang semakin mencabar dari sehari ke sehari. UiTM sendiri mempunyai makmal berteknologi tinggi dan canggih dalam bidang Sains Forensik, Forensik Undang-undang dan Forensik Perakaunan," katanya.

Dr Sahol Hamid berkata UiTM telah lama menjalinkan kerjasama dengan PDRM termasuk menawarkan peluang pengajian kepada anggota pangkat rendah (APR) di peringkat diploma kepada anggota yang berminat serta terbaru, mendapatkan kebenaran untuk menukar pegawal keselamatan di universiti itu kepada polis bantuan.

Antara perancangan dalam MoU itu termasuklah mewujudkan sebuah pejabat polis bantuan dalam kampus UiTM, peluang pengajian kepada APR melalui mod luar kampus, pengajian jarak jauh (PJJ) atau pengajian secara maya (e-PJJ).

Sementara itu, mengenai dakwaan beberapa anggota polis menggunakan kekerasan terhadap beberapa orang awam ketika perhimpunan haram Sabtu lepas, Ismail berkata pihaknya bersedia megambil tindakan tegas sekiranya terbukti anggotanya menyalahi prosedur operasi standard (SOP).

"Polis bertindak mengikut SOP dan udang-undang yang ditetapkan. Segala nasihat telah diberikan tetapi ada yang berdegil dan cuba mencetuskan kekacauan," katanya. -BERNAMA

Older Posts Home
kongsikan dan hebahkan di facebook anda supaya rakan-rakan serta saudara-mara dapat mengetahui info tersebut :)
Disclaimer:
All job ads and career information published in the Jawatankerajaan.blogspot.com is intended to assist you in finding job vacancies in the government sector and private sector, this blog is above initiatives Jawatankerajaan.blogspot.com and no relation to any departments and companies.

Jawatankerajaan.blogspot.com not guarantee the accuracy, errors and changes the information published. We also not be liable for any losses when using the information in this blog.
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More