ads

Wednesday, February 13, 2013

Temuduga Terbuka Kerajaan Negeri Kelantan - FEBRUARI 2013

Sukacita dimaklumkan bahawaKerajaan Negeri Kelantan mempelawa WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan untuk menghadiri temuduga terbuka tapisan pertama bagi jawatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29 ( sambilan berelaun ) yang akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut :

TARIKH/HARI:
13 Februari 2013
20 Februari 2013
24 Februari 2013


WAKTU TEMUDUGA


Sesi I : Pagi
9:00 Pagi hingga 12:00 Tengahari

Sesi II : Petang
2:00 Petang hingga 5:00 Petang


TEMPAT TEMUDUGA
Makmal ICT, 
Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat, 
Aras 2, Blok 6, Kompleks Kota Darul Naim.



Syarat Lantikan : 
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

a) Warganegara Malaysia;
b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh iklan jawatan;

c) Diploma dalam bidang Sains Komputer atau Teknologi Maklumat yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi-institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; ATAU
d) Diploma dalam bidang Kejuruteraan Elektronik ( Komputer ) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi-institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; DAN
e) Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu ( termasuk lulus Ujian Lisan ) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

PERKARA YANG PERLU DIBAWA SEMASA SESI TEMUDUGA

i) Pemohon hendaklah membawa bersama resume yang lengkap dengan sekeping gambar terbaru berukuran pasport beserta salinan sijil-sijil akademik dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan.

ii) Dokumen-dokumen sokongan hendaklah dikepilkan dengan resume mengikut susunan berikut:-
a. Salinan Kad Pengenalan pemohon;
b. Salinan Surat Beranak pemohon;
c. Salinan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) / Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);
d. Salinan Diploma berserta transkrip;
e. Pengiktirafan kelayakan Diploma/Sijil daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sekiranya pemohon adalah pelajar lepasan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS); dan
f. Lain-lain dokumen sokongan


PERINGATAN
Calon-calon adalah diingatkan agar tiba awal pada hari temuduga. Segala perbelanjaan berkaitan dengan urusan temuduga ini adalah di atas pembiayaan calon-calon sendiri dan tidak akan ditanggung oleh kerajaan.


UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA KLIK DI SINI

Jawatan Kosong Kerajaaan Negeri Kelantan

Newer Post Older Post Home
kongsikan dan hebahkan di facebook anda supaya rakan-rakan serta saudara-mara dapat mengetahui info tersebut :)
Disclaimer:
All job ads and career information published in the Jawatankerajaan.blogspot.com is intended to assist you in finding job vacancies in the government sector and private sector, this blog is above initiatives Jawatankerajaan.blogspot.com and no relation to any departments and companies.

Jawatankerajaan.blogspot.com not guarantee the accuracy, errors and changes the information published. We also not be liable for any losses when using the information in this blog.
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More