Pemasangan internet 4G di sekolah melalui program 1BestariNet pada tahun 2013 ini. Pihak kementerian akan membekalkan talian internet kelajuan tinggi di semua sekolah rendah dan menengah terutamanya dikawasan bandar. Ini merupakan inisiatif yang baik bagi mendedahkan murid kepada teknologi maklumat terkini.
Program ini telah diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri di Putrajaya. Capaian 4G adalah antara 8 penetapan keberhasilan dalam Kementerian bagi menentukan kejayaan inisiatif Pembangunan Pendidikan Malaysia.
Pelaksanaan 1BestariNet mulai Januari 2012 juga akan menyediakan kemudahan capaian jalur lebar berkelajuan tinggi melalui teknologi Internet 4G untuk semua sekolah di seluruh negara. Capaian jalur lebar dan pelantar Persekitaran Pembelajaran Maya (VLE), katanya, mampu memantapkan lagi transformasi pendidikan negara dengan meningkatkan akses kepada Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam pendidikan.