Koperasi PUSAKA Sarawak Berhad (KoPUSAKA) mempelawa permohonan dari warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan taraf Tetap di KoPUSAKA. Maklumat jawatan dan syarat kelayakan adalah seperti berikut:-
1. PENOLONG EKSEKUTIF PENTADBIRAN/OPERASI (Bil Kekosongan: 1)
2. PENOLONG EKSEKUTIF KEWANGAN (Bil Kekosongan: 1)
3. KERANI PEMASARAN (Bil Kekosongan: 1)
4. KERANI OPERASI (Bil Kekosongan: 1)
1. Pemohon hendaklah mengisi Borang Permohonan Jawatan Kosong KoPUSAKA yang boleh didapati dari pejabat KoPUSAKA atau mencetak melalui laman web di alamathttp://www.sarawaktimber.org.my/cooperative_download.php
2. Borang Permohonan yang telah lengkap diisi berserta sekeping gambar berukuran pasport, salinan Diploma, STPM, SPM, Sijil Berhenti Sekolah dan lain-lain dokumen (spt Kad Pengenalan, sijil lahir, dll) yang DIAKUI SAH oleh Pegawai berkuasa hendaklah dihantar tidak lewat pada 17 Disember 2012, Isnin ke Ibupejabat KoPUSAKA di alamat:-
SETIAUSAHA
KOPERASI PUSAKA SARAWAK BERHAD
Tingkat 10, Wisma Sumber Alam,
Jalan Stadium,
93050 Petra Jaya, Kuching Sarawak.
3. Nama jawatan yang dipohon hendaklah dicatit disudut atas sebelah kiri sampul surat. Sebarang permohonan yang tidak lengkap tidak akan dilayan dan akan dianggap tidak berjaya, hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk ditemuduga. Pemohon yang tidak menerima sebarang panggilan setelah 6 bulan dari tarikh tutup permohonan adalah dianggap tidak berjaya.
Maklumat lanjut jawatan sila klik sini