ads

Sunday, September 30, 2012

Rebat RM200 Beli Telefon Pintar Bajet 2013


Dalam Bajet 2013, semua belia dapat rebat diskaun RM200 untuk beli telefon pintar atau smartphone. Ini merupakan langkah terbaik yang dibuat oleh Perdana Menteri selaras dengan kemajuan internet dan teknologi maklumat terkini. Ketika membuat pembelian di pengedar rasmi, semua pembeli yang layak akan mendapat diskaun rm200 daripada harga sebenar smartphone.
Intipati Bajet 2013 Berhubung Rebat RM200 Untuk Handphone Pintar
Sebahagian besar daripada 22% rakyat Malaysia yang menggunakan telefon pintar untuk melayari internet adalah golongan belia. Oleh itu, bagi membuka akses golongan muda kepada lebuhraya maklumat, satu pakej khas akan diperkenalkan oleh Kerajaan melalui kerjasama antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta syarikat telekomunikasi.
Melalui Pakej Komunikasi Belia, rebat RM200 akan diberi secara one-off bagi pembelian satu unit telefon mudah alih pintar 3G melalui pengedar-pengedar rasmi. Ia terbuka kepada belia yang berumur 21 hingga 30 tahun berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah. Sebanyak RM300 juta telah disediakan dan akan memanfaatkan 1.5 juta belia.

Newer Post Older Post Home
kongsikan dan hebahkan di facebook anda supaya rakan-rakan serta saudara-mara dapat mengetahui info tersebut :)
Disclaimer:
All job ads and career information published in the Jawatankerajaan.blogspot.com is intended to assist you in finding job vacancies in the government sector and private sector, this blog is above initiatives Jawatankerajaan.blogspot.com and no relation to any departments and companies.

Jawatankerajaan.blogspot.com not guarantee the accuracy, errors and changes the information published. We also not be liable for any losses when using the information in this blog.
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More