Berikut jawapan untuk “Bekerja Tanpa Stress”:
1. Tempat kerja yang bersih
Meja kerja yang bersih dari kertas kerja akan sangat membantu anda untuk lebih fokus pada apa yang sedang dikerjakan. Pekerjaan akan cepat selesai kerana pandangan tidak terganggu dengan tumpukan kertas di atas meja.
.2.Bekerja dengan keutamaan
SEMUA pekerjaan memang penting untuk diselesaikan secepatnya. Tapi, kita harus dapat membezakan mana kerja yang perlu diselesaikan dengan segera, mana yang yang boleh ditunda. Bekerjalah dengan mengikut keutamaan atau mana yang penting! Dan beban fikiran pun akan jauh lebih berkurang.
.
3. Segera ambil keputusanSemakin cepat anda mengambil keputusan dalam menghadapi masalah, semakin cepat pula masalah anda akan terselesaikan. Anda tidak perlu lagi membebankan fikiran kita dengan bebanan kerja lagi. Walau semudah mana pun kerja, ia perlu diselesaikan dengan segera.
Teruskan bersemangat!.
4. Kerjasama dalam pekerjaan
Tidak ada orang di dunia ini yang dapat melakukan segala pekerjaan tanpa bantuan orang lain. Jadi, biasakan diri anda untuk meminta bantuan daripada rakan sekerja anda sekiranya anda mempunyai kesulitan. Stress berkurang dan anda pun akan mempunyai lebih banyak waktu terluang untuk beraktiviti