ads

Monday, July 25, 2011

Perwaja Akan Kumpul RM280 Juta Untuk Modal Kerja

KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) -- Perwaja Holdings Bhd merancang mengumpul dana untuk modal kerjanya menerusi cadangan terbitan terhad RM280 juta nilai nominal saham pinjaman tidak terjamin boleh tukar boleh tebus (RCULS) tujuh peratus tujuh tahun kepada Kinsteel Bhd pada 100 peratus nilai nominalnya.

Harga peralihan untuk RCULS, yang dijangkakan disenarai di Bursa, ditetapkan pada RM1.00 bagi setiap satu saham baharu Perwaja.

Perwaja juga merancang menerbitkan 280 juta waran percuma pada asas satu waran percuma bagi setiap dua saham sedia ada dalam Perwaja pada tarikh yang akan ditentukan dan diumumkan kemudian.

Harga waran telah ditetapkan pada RM1.00 satu dan ia juga akan disenarai di Bursa, kata Perwaja.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia Securities, Perwaja berkata apabila selesai terbitan terhad yang dicadangkan itu, Kinsteel akan melaksanakan tawaran terhad boleh lepas untuk jualan RCULS yang dipegangnya bagi melayakkan pemegang saham Perwaja, selain Kinsteel, pada asas RM1.00 nilai nominal RCULS bagi setiap dua saham Perwaja sedia ada yang dimiliki pada tarikh yang melayakkan.

Ia berkata cadangan itu dijangka selesai pada suku keempat 2011.

-- BERNAMA

Newer Post Older Post Home
kongsikan dan hebahkan di facebook anda supaya rakan-rakan serta saudara-mara dapat mengetahui info tersebut :)
Disclaimer:
All job ads and career information published in the Jawatankerajaan.blogspot.com is intended to assist you in finding job vacancies in the government sector and private sector, this blog is above initiatives Jawatankerajaan.blogspot.com and no relation to any departments and companies.

Jawatankerajaan.blogspot.com not guarantee the accuracy, errors and changes the information published. We also not be liable for any losses when using the information in this blog.
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More