Kumpulan: Sokongan
Kem/Jab: Pelbagai Kementerian/Jabatan
Jadual Gaji:
P1T1 RM821.89 - P1T24 RM2152.86
P2T1 RM873.32 - P2T24 RM2274.01
P3T1 RM926.26 - P3T24 RM2399.46
Syarat Lantikan:
a) i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf oleh kerajaan dan berkebolehan mengendalikan latihan kawad; atau
ii) bekas anggota Polis Diraja Malaysia atau Angkatan Tentera Malaysia yang berpangkat Koperal dan ke atas dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik.
b) mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:
i) tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
ii) berat badan sekurang kurangnya 48 kg bagi lelaki dan 46 kg bagi wanita;
iii) mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan semasa menarik nafas 84sm (lelaki sahaja);
iv) lulus dalam Ujian Penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
v) pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
c) kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan bagi calon di para (a) (i) di atas.
Deskripsi Tugas:
Bertanggungjawab membantu dalam mengatur sukatan pelajaran kawad, menjalankan latihan kawad seperti peraturan ditetapkan, mengawal serta menguatkuasakan displin di kalangan para pelatih di institusi latihan.sumber: http://www.spa.gov.my/Portal/Deskripsi_Tugas/SPMSijil/3365