ads

Friday, April 27, 2012

Jawatan kosong di Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB)

Jawatan kosong di Majlis Bandaraya Johor Bahru

The history of the development of Johor Bahru City Council started in the year 1933 when the Department of Township was established, and later was being elevated to Town Council status in the year 1950. In the year 1967, under Section 15 of the Board of Township 118 Enactment, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor took over the administrative authority of the Johor Bahru Town. On April 1, 1977, the Town Council was elevated to the Municipal Council and later was promoted to a City status on January 1, 1994 and was known as Johor Bahru City Council. Starting from that day onwards, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor has passed on his responsibility as "Yang Dipertua" with the appointment of the Mayor of Johor Bahru. That is epigrammatic information of the establishment of Johor Bahru City Council.

1. Penyelia (N27)
2. Fasilitator (FT17)


Tarikh tutup 30 April 2012 

Jawatan Kosong Dewan Bandaraya Kuching Utara



Kuching telah dinaikkan status ke taraf Bandaraya tanggal 1 Ogos 1988 dan merupakan Bandaraya yang kedua di Malaysia selepas Kuala Lumpur ketika itu. Memandangkan Bandaraya Kuching mempunyai keluasan yang agak besar berbanding dengan bandaraya lain diMalaysia, maka pentadbirannya dibahagikan kepada dua kuasa pentadbiran iaitu Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS).Kawasan Utara Bandaraya ditadbir oleh DBKU manakala kawasan Selatannya pula dibawah bidangkuasa MBKS.

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang bermastautin di Sarawak dan berkelayakan untuk mengisi jawatan berikut:

1. Juruteknik (J17)


Tarikh Tutup Permohonan : 30 April 2012

Jawatan kosong di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)

Jawatan kosong di Jabatan Agama Islam Selangor

History The predicate JAIS of concern Hisamuddin late Sultan Alam Shah Alhaj the fate of Japanese citizens in the rule and the spread of communism that could affect the moral values ​​and beliefs of the Malays at that time. He ordered the state government to the Islamic Religious Affairs Department was established. On October 1, 1945, the Department of Islamic Affairs was established, where YM Raja Nong bin Raja Haji Hussin was appointed as secretary of this institution. While the administrative offices were located in the Sultan's office is located close to the Klang Castle after the blessing and consent of His Majesty. Management funding is derived from the provision of royalty.

1. Pegawai Hal Ehwal Islam
2. Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam
3. Pembantu Hal Ehwal Islam
4. Pengasuh Prasekolah JAIS


Tarikh tutup 4 Mei 2012

Jawatan Kosong Lembaga Getah Malaysia (LGM) | Vacancy in Malaysia Rubber Board (MRB)



Lembaga Getah Malaysia (MRB) merupakan badan yang bertanggungjawab terhadap industri getah di negara ini. LGM ditubuhkan pada 1 Januari 1998, hasil gabungan Institut Penyelidikan Getah Malaysia (RRIM), Lembaga Penyelidikan dan Kemajuan Getah Malaysia (MRRDB) dan Lembaga Pasaran Getah Malaysia (MRELB) untuk meneruskan usaha memajukan serta membangunkan industri getah seperti yang dilakukan selama 78 tahun yang lalu. Kemajuan R&D dalam getah asli (NR) yang telah dicapai oleh RRIM juga telah meninggalkan impak terhadap industri NR Malaysia dan negara-negara pemprosesan NR yang lain.

Permohonan dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan mempunyai komitmen yang
tinggi untuk berkhidmat di Lembaga Getah Malaysia dalam jawatan seperti berikut:

1. Pegawai Tadbir

2. Penolong Jurutera

3. Penolong Pegawai Penerangan


Tarikh Tutup Permohonan: 30 April 2012

Jawatan Kosong Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB)



Operasi perniagaan PUNB tertumpu kepada penawaran pakej pembangunan keusahawanan bersepadu untuk membantu usahawan Bumiputera dalam bidang Peruncitan dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Pakej-pakej pembangunan ini dirangka untuk membantu usahawan Bumiputera memantapkan perniagaan, mengekalkan keuntungan dan membentuk perniagaan mereka ke arah kecemerlangan.

PUNB kini mempelawa individu yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

1. Corporate Communications Senior Executive


Tarikh Tutup Permohonan: 11 Mei 2012

Wednesday, April 25, 2012

Semakan Keputusan Permohonan Tawaran Tingkatan 6 Tahun 2012

Semakan tawaran untuk kemasukan tingkatan 6 pada tahun 2012 boleh disemak mulai 25 april 2012. Kepada semua calon SPM 2011, anda boleh buat semakan di laman rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia. Atau melayari pautan applikasi semakan tingkatan 6 dibawah:
SEMAKAN TAWARAN TINGKATAN 6 SESI 2012
Program tingkatan 6 juga dikenali sebagai Pra Universiti dimana dua program iaitu aliran sains dan juga aliran sastera. Semoga berjaya kepada pelajar sekalian.

PTPTN Cadang Beri Diskaun Kepada Pelajar Ijazah Kelas Kedua

Berita terkini yang kami terima adalah PTPTN cadang untuk beri diskaun kepada pelajar kelas kedua. Jika sebelum ini PTPTN telah membuat perjanjian bahawa menukarkan pinjaman kepada biasiswa hanya untuk ijazah kelas pertama sahaja. Ini merupakan berita baik kepada semua pelajar bahawa sekurang-kurangnya PTPTN juga beri diskaun sebanyak 30 peratus kepada ijazah kelas kedua.
Apakah dimaksudkan dengan Ijazah kelas pertama dan kedua? Ijazah kelas pertama bermaksud CGPA 3.75-4.00 manakala kelas kedua kelulusan CGPA 3.5 dan keatas.
Menurut pihak PTPTN, candangan pemberian diskaun itu adalah bertujuan untuk menaikkan semangat pelajar meneruskan pengajian.

Jawatan Kosong MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA (MPAJ) | Pelbagai Jawatan Kosong Terkini

MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA

Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan bertaraf Kontrak di Majlis Perbandaran Ampang Jaya dan keutamaan kepada Anak Negeri Selangor.

No
Nama Jawatan
1.
PEGAWAI  TADBIR
2.
PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT
3.
AKAUNTAN
4.
PEGAWAI PENILAIAN
5.
JURUTERA
6.
PENOLONG PEGAWAI TADBIR
7.
PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN
8.
PENOLONG JURUTERA
9.
PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN
10.
PENOLONG PEGAWAI PENGUATKUASA
11.
JURUTEKNIK (ELEKTRIKAL)
12.
JURUTEKNIK (MEKANIKAL)
13.
JURUTEKNIK UKUR  BAHAN
14.
PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN /OPERASI)
15.
PEMBANTU PENGUATKUASA
16.
PEMANDU KENDERAAN
17.
PEKERJA  AWAM

** Sila klik IKLAN JAWATAN KOSONG untuk maklumat lanjut jawatan.
** Sila klik BORANG untuk memuat turun borang jawatan kosong.
Diiklankan pada : 23 APRIL 2012 (Isnin)
Tarikh tutup : 7 MEI 2012 (Isnin)

Tuesday, April 24, 2012

Permohonan Kemasukan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Lulusan UEC, SMA, SMU Ambilan Jun 2012

Permohonan kemasukan ke Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian (PISMP) ambilan khas bagi lulusan Unified Examination Certificate (UEC) dan Sijil Menengah Agama (SMA) atau Sijil Menengah Ugama (SMU) di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia telah dibuka mulai semalam, 23 April 2012.
Permohonan PISMP Lulusan UEC & SMA/SMU
Para lepasan SPM lulusan UEC, SMA dan SMU yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam dipelawa untuk memohon memasuki Institut Pendidikan Guru atau ramai yang menyebutnyaMaktab Perguruan untuk mengikuti program yang tawarkan bagi Ambilan Jun 2012.

Program Pengajian Perguruan

Program pengajian yang ditawarkan adalah dua yang berikut:
  1. Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Bahasa Cina Pendidikan Rendah
  2. Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Pendidikan Islam Pendidikan Rendah

Syarat Asas

  • Warganegara Malaysia.
  • Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2012 iaitu lahir pada atau selepas30 Jun 1992.
  • Calon hendaklah sihat fizikal dan mental.
  • Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  • Mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian Bahasa Melayu serta lulus Bahasa Inggeris.
  • Memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon.

Syarat Khas

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Bahasa Cina Pendidikan Rendah

  • Program ini dikhususkan untuk melatih guru-guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi keperluan di sekolah rendah.
  • Mendapat sekurang-kurangnya 3 kepujian di peringkat Sijil Senior Middle Level (UEC-SML)
  • Sebagai prasyarat, calon dikehendaki mengikuti dan lulus Kursus Persediaan selama 1 tahun 6 bulan di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sebelum ditawarkan untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan selama 4 tahun.
  • Dalam tempoh Kursus Persediaan, calon perlu mengikuti Kursus Khas dan lulus dengan jayanya dalam 3 mata pelajaran berikut:
    • Bahasa Melayu Komunikasi
    • Sejarah
    • Pendidikan Moral

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Pendidikan Islam Pendidikan Rendah

  • Program ini dikhususkan untuk melatih guru-guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi keperluan di sekolah rendah.
  • Mendapat sekurang-kurangnya 3 Jayyid di peringkat SMA atau SMU
  • Sebagai prasyarat, calon dikehendaki mengikuti dan lulus Kursus Persediaan selama 1 tahun 6 bulan di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sebelum ditawarkan untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan selama 4 tahun.
  • Dalam tempoh Kursus Persediaan, calon perlu mengikuti Kursus Khas dan lulus dengan jayanya dalam 3 mata pelajaran berikut:
    • Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah
    • Sejarah
    • Pendidikan Syariah Islamiah

Cara Memohon

  • Permohonan kemasukan ke Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian (PISMP) Ambilan Khas Lulusan Unified Examination Certificate (UEC) dan Sijil Menengah Agama (SMA) atau Sijil Menengah Ugama (SMU) hanya boleh dibuat secara atas talian (online) melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia atau terus sahaja ke portal Permohonan Dalam Talian PISMP Ambilan 2012 Lulusan UEC & SMA/SMU.
  • Permohonan ini hanya boleh dibuat dengan menggunakan nombor pengenalan individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh Malaysia dengan bayaran sebanyak RM 6.00.
  • Pemohon dinasihatkan mendapatkan maklumat berkenaan bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.
  • Calon dibenarkan mengemukakan hanya satu permohonan sahaja.
  • Calon boleh menggunakan nombor PIN yang sama untuk membuat pindaan butiran kepada permohonan yang telah dihantar. Pindaan butiran permohonan (jika ada) hendaklah dibuat sebelum tarikh tutup permohonan.
  • Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.
  • Calon dinasihatkan menyemak status permohonan mereka dari semasa ke semasa untuk status panggilan temu duga dan juga tawaran ke IPG yang ditetapkan.

Ujian INSAK

  • Calon yang dipanggil temu duga dikehendaki menduduki ujian Inventori Sahsiah Keguruan (INSAK) semasa menghadiri temu duga.
  • Pemilihan calon untuk mengikuti kursus perguruan adalah bergantung kepada kedudukan pencapaian merit skor akademik, prestasi dan temu duga dan keputusan ujian INSAK.
  • Keputusan oleh Jawatankuasa Pemilihan adalah muktamad.

Ikatan Perjanjian

Calon yang ditawarkan mengikuti kursus di Institut Pendidikan Guru adalah tertakluk kepada ikatan Perjanjian Pendidikan Guru seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Calon hendaklah bersetuju dan patuh dengan kontrak perjanjian untuk berkhidmat di mana-mana sekolah atau institusi pendidikan termasuk di kawasan pedalaman seperti yang diarahkan oleh pihak kerajaan setelah tamat berkursus.

Pendaftaran

  • Calon-calon yang ditawarkan untuk mengikuti Kursus Persediaan akan mendaftar di Institut Latihan Perguruan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada 18 Jun 2012 (tarikh tertakluk kepada pindaan).
  • Surat tawaran rasmi bagi calon yang berjaya akan diserahkan di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia setelah calon melapor diri di IPG.

Tarikh-tarikh Penting

TarikhAktiviti
23 April 2012Permohonan Dibuka
2 Mei 2012Permohonan Ditutup
14 Mei 2012Semakan Temuduga
21 – 24 Mei 2012Temuduga
5 Jun 2012Semakan Tawaran
18 Jun 2012Pendaftaran
Kalendar yang disediakan ini adalah sebagai panduan dan tarikh boleh berubah mengikut keadaan.

Tarikh Tutup

  • Permohonan kemasukan ke Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian (PISMP) Ambilan Khas Lulusan Unified Examination Certificate (UEC) dan Sijil Menengah Agama (SMA) atau Sijil Menengah Ugama (SMU) akan ditutup pada 2 Mei 2012.
  • Calon yang telah ditemu duga dan tidak menerima sebarang maklumat dalam tempoh 1 bulan selepas tarikh pendaftaran adalah dianggap tidak berjaya.

Maklumat

  • Tiada surat menyurat akan dikeluarkan untuk menyampaikan sebarang maklumat kepada pemohon.
  • Maklumat di sini hanya ringkasan sahaja, sila rujuk laman web Permohonan Dalam Talian Ambilan Khas 2012 Lulusan UEC dan SMA/SMU untuk mendapatkan maklumat lebih terperinci.
  • Sila rujuk juga komen-komen di Permohonan Kursus Perguruan Lepas SPM Lulusan UEC & SMA/SMU Ambilan 2011 sebagai panduan.
  • Jika ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan KPLSPM ini, sila hubungi:
    • BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
      KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
      ARAS 3, BLOK E13, PARCEL E
      KOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
      62604 PUTRAJAYA
      (u.p : Unit Pengurusan Pengambilan Pelajar)
      Telefon : 03 8884 1260/ 1249/ 1246/ 1242/ 1245
    • URUS SETIA
      BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
      Cawangan Sabah
      d/a Institut Pendidikan Guru
      Kampus Gaya
      Peti Surat 10491
      88805 Kota Kinabalu,
      Sabah
      Telefon : 088 236804
    • URUS SETIA
      BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
      Cawangan Sarawak
      Jalan College
      93259 Kuching,
      Sarawak
      Telefon : 082 258045

Newer Posts Older Posts Home
kongsikan dan hebahkan di facebook anda supaya rakan-rakan serta saudara-mara dapat mengetahui info tersebut :)
Disclaimer:
All job ads and career information published in the Jawatankerajaan.blogspot.com is intended to assist you in finding job vacancies in the government sector and private sector, this blog is above initiatives Jawatankerajaan.blogspot.com and no relation to any departments and companies.

Jawatankerajaan.blogspot.com not guarantee the accuracy, errors and changes the information published. We also not be liable for any losses when using the information in this blog.
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More