ads

Showing posts with label kementerian pelajaran malaysia. Show all posts
Showing posts with label kementerian pelajaran malaysia. Show all posts

Friday, March 1, 2013

Jawatan Kosong Di Kolej Komuniti Kok Lanas 2013


Iklan Jawatan Kosong Di Kolej Komuniti Kok Lanas Mac 2013

Kolej Komuniti Kok Lanas mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan secara sambilan/sementara. 

1.Jawatan: Pensyarah Sambilan Harian (Bahasa Inggeris) 

Syarat-syarat: 

a) Mempunyai Ijazah Sarjana Muda di dalam bidang TESL atau mempunyai kelayakan yang setara dengannya.

Calon-calon yang berminat hendaklah mengemukakan resume dan permohonan tersebut hendaklah sampai ke Kolej Komuniti Kok Lanas; di alamat 

Kolej Komuniti Kok Lanas
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
16450 Ketereh, Kelantan.
(UP: Puan Shuhaila binti Ibrahim)
Tel:09-7880400 Fax:09-7880401 

Hanya calon yang layak akan dipanggil untuk ditemuduga. 

Sebarang pertanyaan, sila berhubung Puan Shuhaila Ibrahim ( shuhaila@kkklk.edu.my) di talian 09-7880400.

Sumber : http://www.kkklk.edu.my

Tuesday, January 29, 2013

Jawatan Kosong (PSH) Kementerian Pelajaran Malaysia 2013



PEKERJA SAMBILAN HARIAN (PSH), Bahagian Dasar dan Hubungan Antarabangsa, Kementerian Pelajaran Malaysia Syarat-Syarat: 

1) Warganegara Malaysia.
2) Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda
3) Kemahiran mengurus serta mentadbir laman web akan diberikan keutamaan
4) Kadar Upah RM72 sehari.
5) Sanggup bekerja lebih masa.
6) Tempat tinggal di sekitar Putrajaya sahaja.
7) Waktu bekerja yang terpakai kepada pegawai awam.

Tugasan Utama: Menyelaras laman web Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia

Dokumen yang diperlukan semasa temuduga :

1) Salinan MyKad
2) Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
3) Salinan Ijazah
4) Salinan Sijil-sijil
5) Biodata/resume terkini
6) Gambar berukuran pasport terkini.

Tarikh tutup permohonan: Jumaat, 7 Februari 2013 (jam 5.30 petang)

Hantarkan permohonan lengkap dan resume kepada: natcom.unesco@yahoo.com.my; radzi.mohdzim@moe.gov.my dan hermy.abdullah@moe.gov.my 

----- jawatan berkaitan -----

Jawatan Kosong Pekerja Sambilan Harian Di Kementerian Pelajaran Malaysia

Tarikh Akhir Permohonan : 31 Januari 2013.

Thursday, January 24, 2013

Borang Permohonan Asrama 1Malaysia A1M 2013 Online


Borang permohonan Asrama 1Malaysia (AIM) Sesi 2013 secara online. Dimaklumkan bahawa kemasukan asrama ini khas bagi pelajar tingkatan 1 sudah pun dibuka. A1M menempatkan murid dari pelbagai bangsa di Malaysia selaras dengan konsep 1 Malaysia. Calon atau pelajar yang terpilih berdasarkan syarat kelayakan dan akan ditempatkan di sekolah yang telah ditetapkan.
asrama+1+malaysia

Syarat Permohonan
  • Terbuka kepada murid warganegara malaysia sahaja yang akan ke tingkatan 1 pada 2013.
  • Terbuka kepada semua kaum
  • Pendapatan keluarga pada tahap rendah atau sederhana.
  • Aktif dalam kokurikulum.
  • Pencalonan hendaklah dibuat oleh pentadbir sekolah semasa di mana pemohon belajar.
  • Pemohon hendaklah tidak terikat dengan Program Khas yang lain (Projek Sukan, Kelas Rancangan Khas dan
  • Kelas Aliran Agama).
  • Setiap permohonan hendaklah disertakan SATU salinan dokumen yang telah disahkan seperti berikut :
  • Sijil Lahir pemohon / Kad Pengenalan b. Slip gaji/penyata pendapatan ibubapa
  • Keputusan UPSR 2012 d. Salinan sijil-sijil kokurikulum
  • Keputusan Jawatankuasa Pemilihan adalah MUKTAMAD.
Senarai Sekolah Asrama 1Malaysia
asrama
Borang Permohonan Asrama 1Malaysia 2013
Sila klik pada link dibawah untuk dapatkan borang permohonan:
Download Borang Permohonan Asrama 1Malaysia 2013

Tarikh Tutup Permohonan A1M 2013
Tarikh tutup pada 31 Januari 2013

Jawatan Kosong (PSH) Di Kementerian Pelajaran Malaysia 2013



Tawaran Jawatan Pekerja Sambilan Harian (PSH)

Waktu bekerja: Waktu bekerja yang terpakai kepada pegawai awam.

Gaji: RM54.00 sehari (Kelayakan: SPM), RMP72.00 sehari (Kelayakan: STPM/Diploma), RM100.00 sehari (Kelayakan: Ijazah Sarjana Muda), KWSP dan Elaun Perjalanan.

KELAYAKAN/KELULUSAN

1. Minimum SPM/STPM/Diploma/Ijazah Sarjana Muda atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan hendaklah memiliki kepujian dalam subjek Bahasa Melayu dan lulus Bahasa Inggeris.

2. Boleh menulis dan berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dengan baik.

3. Mempunyai kemahiran dalam Microsoft Word dan Microsoft Excel yang baik.

4. Boleh bekerja di luar pejabat.

CARA MEMOHON

Sila hantar resume kepada Setiausaha Bahagian, Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi, Kementerian Pelajaran Malaysia, Blok 4803, Suite 0-2, Bangunan CBD Perdana, Off Persiaran Multimedia, 6300, Cyberjaya, Selangor (u.p: Encik Maswadi Bin Mohamat)

Tarikh Akhir Permohonan : 31 Januari 2013.

sumber iklan : http://www.moe.gov.my

Senarai jawatan 2013 terkini klik sini

Wednesday, December 12, 2012

Tarikh Pengumuman Keputusan PMR 2012 DiKeluarkan


Tarikh rasmi keputusan PMR 2012 akan diumumkan keluar pada 19 Disember 2012. Pengumuman tersebut dibuat oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Mesti ramai yang menantikan keputusan PMR mereka dengan penuh debaran sehingga tidur tidak lena dibuatnya. Apa yang anda usahakan selama ni akan terpapar diatas sekeping slip peperiksaan yang penuh makna. Keputusan ini adalah penentu untuk calon melanjutkan pelajaran di Sekolah Asrama Penuh, Maktab Rendah Sains Mara, SMK Teknik atau SMK Harian Biasa.
keputusan pmr 2012
Keputusan PMR 2012 akan dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan melalui sekolah masing-masing pada rabu 19 Disember 2012. Calon PMR boleh mengambil keputusan masing-masing selepas jam 11.00 pagi di sekolah masing-masing. Diharap semua calon berjaya dan setimpal dengan usaha anda.
keputusan pmr 2012

Wednesday, December 5, 2012

Permohonan Kursus Maktab Perguruan KPLSPM 2013

Permohonan Maktab Perguan Lepasan SPM atau dikenali sebagai KPLSPM 2013 hanya terbuka kepada pelajar cemerlang sahaja. Pelajar yang berjaya dengan cemerlang menduduki ujian M-Test pada peperiksaan lalu akan ditawarkan KPLSPM sesi 2013. Ujian M Test bertujuan untuk menilai personaliti calon dan minat calon dalam profession perguruan.
Oleh itu, kami jelaskan disini bahawa calon tidak perlu memohon sebaliknya perlu menunggu tawaran maktab perguruan dari pihak kementerian pelajaran Malaysia.
Kriteria Calon SPM Layak Sertai Kursus Perguruan
Pengambilan KPLSPM bagi semua pelajar lepasan SPM berdasarkan ujian M-Test diakhir peperiksaan. Apabila keputusan peperiksaan SPM keluar, kursus ini akan ditawarkan kepada 30 peratus pelajar yang memperoleh keputusan terbaik. Pelajar juga diberi peluang untuk menerima atau menolak tawaran yang diberikan nanti. Tawaran juga mengambilkira keputusan M-Test yang mana ia menggambarkan kesesuaian personaliti dan minat dalam bidang perguruan.
Calon yang layak akan dipanggil untuk temuduga kursus yang telah ditawarkan. 

Older Posts Home
kongsikan dan hebahkan di facebook anda supaya rakan-rakan serta saudara-mara dapat mengetahui info tersebut :)
Disclaimer:
All job ads and career information published in the Jawatankerajaan.blogspot.com is intended to assist you in finding job vacancies in the government sector and private sector, this blog is above initiatives Jawatankerajaan.blogspot.com and no relation to any departments and companies.

Jawatankerajaan.blogspot.com not guarantee the accuracy, errors and changes the information published. We also not be liable for any losses when using the information in this blog.
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More