Showing posts with label Online. Show all posts
Showing posts with label Online. Show all posts

Thursday, February 28, 2013

Borang Permohonan Rumah Pertama Belia SPNB Online 2015/2016


Borang permohonan rumah pertama Belia SPNB secara online. Program juga dikenali sebagai Program Rumah Pertama Rakyat khas untuk membantu golongan belia mendapatkan rumah mampu milik dengan kos yang sederhana.
rumah pertama
Syarat Permohonan
  • Berusia 35 tahun ke bawah dengan pendapatan kurang RM5,000
  • Warganegara Malaysia
Kenyataan Akhbar
Sebanyak 1,870 unit rumah ditawarkan iaitu 1,224 unit rumah di Laguna Biru (Fasa 2) dengan keluasan 850 kaki persegi seunit manakala selebihnya iaitu 646 unit rumah dibina di Alam Prima yang berkeluasan 904 kaki persegi.
Harga jualan bagi seunit rumah di Laguna Biru (Fasa 2) ialah dari RM145,000 dan Alam Prima (Fasa 2) pula dijual pada harga RM190,000.
Tarikh Tutup
Tarikh tutup permohonan akan dibuat 10 minggu dari sekarang.
Borang Permohonan Online
Pendaftaran permohonan itu boleh dibuat menerusi laman web SPNB di www.spnb.com.my

Wednesday, January 16, 2013

Semakan Keputusan SBP Tingkatan 4 - 2013 Online


Semakan keputusan kemasukan SBP Tingkatan 4 sesi 2013 Secara Online. Kepada pemohon yang telah membuat permohonan SBP terutamanya calon PMR, anda boleh buat semakan mulai 16 Januari 2013. Perkara itu telah diumumkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dimana semakan keputusan dan rayuan boleh dibuat secara online mulai tarikh yang telah ditetapkan.
Permohonan SBP Tingkatan 4 2013
Cara Buat Semakan SBP Tingkatan 4 Tahun 2013 online
Semakan Tawaran dan Rayuan Ke Tingkatan Empat (4) di Sekolah Berasrama Penuh Tahun 2013 boleh dibuat di Laman Web Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia di url http://www.moe.gov.my
Nota Penting: Talian applikasi semakan akan dibuka mulai 16 Januari 2013.

Permohonan Kemasukan USM Sesi 2013/ 2014 Online


Permohonan kemasukan USM sesi 2013/ 2014 boleh dibuat secara online. Untuk pengetahuan calon, talian permohonan sudah pun dibuka pada 7 januari 2013 yang lalu. Calon dari lepasan Matrikulasi, Lepasan STPM dan Diploma pada tahun 2012 boleh mula membuat permohonan. Berikut adalah cara buat permohonan Universiti Sains Malaysia (USM).
usm
Cara Mohon USM 2013/ 2014
1. Beli nombor pin
Sebelum membuat permohonan ke USM, calon perlu membeli nombor PIN USM berharga RM40 di bank BSN yang terdekat.
2. PERMOHONAN USM
Permohonan kemasukan ke USM boleh dibuat mulai 7 Januari 2013 di laman  https://pohon.usm.my/
3. Nota Penting Buat Calon Diploma/ Setaraf
Peringatan bagi kategori Diploma/setaraf, calon WAJIB mencetak MAKLUMAT PERMOHONAN setelah mengemukakan permohonan atau pengemaskinian maklumat dan menghantar bersama-sama salinan dokumen yang telah disahkan selewat-lewatnya 14 April 2013.
Dokumen yang diperlukan adalah :-
1. Salinan Borang Permohonan
2. Salinan Kad Pengenalan/MyKad calon
3. Salinan Sijil STPM/Setaraf (Jika Berkaitan)
4. Salinan Sijil SPM/Setaraf
5. Salinan Transkrip penuh Akademik (Semester 1 hingga akhir)
6. Salinan Diploma/Sijil (Jika Ada)
7. Salinan Sijil MUET
8. Salinan Surat Pengesahan Tamat Pengajian
9. Salinan Keputusan Bahasa Melayu/Matematik Julai (Jika ada)
10. Salinan Cetakan Akreditasi MQA (http://www.mqa.gov.my)
Sila hantar permohonan anda ke alamat :-
PERMOHONAN DIPLOMA/SETARAF,
SEKSYEN PENGAMBILAN PELAJAR,
BAHAGIAN PENGURUSAN AKADEMIK,
PEJABAT PENDAFTAR,
ARAS 2,BANGUNAN CANSELORI,
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA,
11800 USM,PULAU PINANG

Tuesday, December 18, 2012

Semakan Keputusan Permohonan SMKA/ KAA/ SABK Sesi 2013 Tingkatan 1


Semakan keputusan kemasukan SMKA/ KAA/ SABK bagi sesi 2013 Tingkatan 1 secara online. Untuk makluman kepada semua calon, sistem talian semakan sudah pun dibuka mulai 17 Disember 2012. Semakan boleh dibuat melalui sistem applikasi atas talian mengikut negeri masing-masing dan turut kami sediakan dibawah. Berikut adalah langkah atau cara bagaimana anda boleh menyemak tawaran tersebut.
semakan smka 2013
Rujukan Singkatan Nama bagi Setiap Sekolah
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)
Kelas Aliran Agama (KAA)
Cara Buat Semakan SMKA Dan SABK 2013
Sukacita dimaklumkan bahawa semakan tawaran ke Tingkatan 1 (SATU) ke Sekolah Kawalan di bawah Jabatan Pelajaran Negeri (Sekolah Kawalan dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama(SMKA) Ambilan Januari 2013 bagi murid-murid Tahun 6 Sesi 2012 (kecuali permohonan dari negeri Perak) boleh dibuat melalui sistem online Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) bermula pada 17 Disember 2012 selepas jam 2.30 petang hingga 31 Disember 2012.
Sila layari Laman Web http://parents.sekolahmalaysia.com untuk membuat semakan.
Cara Semakan KAA 2013
Untuk semakan tawaran ke Tingkatan 1  ke Sekolah Kawalan di bawah Jabatan Pelajaran Negeri untuk Kelas Kawalan, Kelas Rancangan Khas (KRK) dan Kelas Aliran Agama (KAA) Ambilan Januari 2013, sila hubungi Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) atau Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) masing-masing untuk maklumat lanjut.
Cara Semakan Guna SMS
Semakan melalui sms juga disediakan dengan menaip MOEKWL Angka Giliran UPSR  (contoh: MOE  SKWL AG9999999) kemudian SMS ke 15888 mulai 17 Disember 2012 selepas jam 2.30 petang hingga 24 Disember 2012.

Sunday, December 16, 2012

Semakan Keputusan PMR 2012 Online - Penilaian Menengah Rendah 2012

Berikut adalah cara semakan keputusan PMR 2012 secara online atau guna SMS. Umum sudah ketahui bahawa result PMR akan diumumkan pada 19 Disember ini.  Semua calon PMR boleh dapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas pukul 10 pagi pada hari tersebut.
keputusan pmr 2012
Kementerian Pelajaran turut memperkenalkan perkhidmatan semakan keputusan PMR melalui mySMS 15888. Perkhidmatan itu akan diaktifkan bermula pukul 10 pagi pada 19 Disember ini dan ditamatkan pada pukul 11.59 tengah malam, 25 Disember 2012.
Kepada semua calon, kami doakan yang terbaik untuk anda. Sebelum mengambil keputusan, tenangkan hati dan berdoa agar anda mendapat keputusan yang diidamkan selama ini. Kami pasti setiap calon membawa harapan yang tinggi untuk keluarga masing-masing.

Saturday, December 8, 2012

Semakan Keputusan Permohonan IKBN 2013 secara ONLINE


Semakan keputusan permohonan IKBN sesi 2013 kini boleh dibuat secara online. Kepada semua calon yang telah membuat permohonan secara atas talian pada beberapa bulan lalu, applikasi semakan kini sudah dibuka mulai 8 Disember 2012. Semua calon boleh ketahui keputusan ke Institut Kemahiran Belia Negara mulai petang ini.
IKBN 2013
Cara Semakan Keputusan IKBN 2013
Untuk membuat semakan, sila layari applikasi semakan Sistem Kemasukan Ke IKBN 2013
Calon hanya perlu masukkan nombor kad pengenalan dan jika berjaya. Satu ucapan tahniah kepada anda akan terpapar.

Wednesday, October 3, 2012

Download Borang BR1M 2.0 Kedua Online


Berikut adalah cara daftar atau mohon BR1M 2.0 buat kali kedua secara online. Seperti yang anda tahu, kesemua borang BR1M 2.0 akan diedarkan pada hujung bulan oktober ni. Penerima yang layak akan terima wang bantuan RM500 bagi individu yang layak.
Syarat BR1M 2.0
  • Warganegara Malaysia
  • umur 21 tahun dan keatas
  • Bujang dan berkeluarga
  • Isirumah berpendapatan RM3000 dan kebawah
  • Individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan
  • Pemohon di bawah kategori individu bujang yang sedang belajar diperingkat universiti tidak layak untuk mendapatkan BR1M 2.0
Cara Daftar BR1M 2.0
Isi rumah yang telah membuat tuntutan untuk BR1M 1.0 tidak perlu mendaftarkan diri untuk BR1M 2.0, manakala kepada isi rumah yang merasakan mereka layak, permohonan baru perlu dilakukan dan akan diteliti semula.
Borang BR1M Online
Borang 2.0 boleh didapatkan dilaman ini pada hujung bulan oktober 2012. Kami akan sediakan pautan untuk dapatkan borang tersebut.
Borang BR1M 2.0 Secara Manual
Borang juga boleh didapatkan di Kaunter Pejabat Pembangunan Negeri, Pejabat Daerah dan Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri di seluruh negara
Menurut Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ir Donald Lim Siang Chai berkata pengumuman mengenai borang BR1M 2.0 dalam tempoh antara satu hingga dua minggu lagi dalam bulan Oktober ini

Tuesday, April 24, 2012

Semak Keputusan Permohonan Matrikulasi Sesi 2011/2012 Melalui SMS & Secara Online

Berikut adalah cara  membuat semakan keputusan Matrikulasi 2012 guna SMS dan Online. Seperti yang anda semua maklum terutamanya pelajar lepasan SPM, keputusan Matrikulasi boleh disemak mulai 25 April 2012 ini. Ini merupakan hari yang ditunggu-tunggu buat calon lepasan SPM 2011 yang telah membuat permohonan matrikulasi.
matrikulasi 2012
Cara Semakan Guna Sistem Pesanan Ringkas SMS
Taip MOE (jarak) MAT (jarak) No.KP (tanpa sempang) dan hantar kepada 15888 Contoh: MOE MAT 921001115263 dan hantar ke 15888
Cara Semakan Guna Talian Online
Melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) di Semakan Tawaran Kolej Matrikulasi.


Selamat berjaya kepada semua calon.

Older Posts Home
kongsikan dan hebahkan di facebook anda supaya rakan-rakan serta saudara-mara dapat mengetahui info tersebut :)
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More