Thursday, January 24, 2013

Elaun Tetap Perumahan Kakitangan Awam 2013 Dinaikkan


Elaun Tetap Perumahan (ETP) Kakitangan Awam 2013 dijangka akan dinaikkan kepada RM480. Elaun ini adalah bertujuan untuk membiayai rumah sewa bagi semua penjawat awam. Pada kadar yang sebelumnya, elaun ETP hanya diberikan sejumlah RM180.  Kadar elaun terdahulu tidak sesuai dengan perkembangan harga rumah sewa ketika ini. Apapun, kenaikan ETP sebanyak RM480 ini masih di peringkat cadangan dan mungkin akan diluluskan kelak.
Elaun-Perumahan-Kakitangan-Awam
Jika ia telah diluluskan, ini merupakan berita baik buat semua penjawat awam. Pada masa yang sama, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) meminta kerajaan menyegerakan kelulusan permohonan kenaikan elaun tetap perumahan penjawat awam daripada RM180 kepada RM480.

Menurut persatuan itu juga, pihak mereka berharap kerajaan dapat luluskan dengan kadar segera kerana tuntutan tersebut sudah pun dibuat sejak 5 tahun yang lalu.

Newer Post Older Post Home
kongsikan dan hebahkan di facebook anda supaya rakan-rakan serta saudara-mara dapat mengetahui info tersebut :)
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More