Wednesday, December 5, 2012

Jawatan Kosong Di Lembaga Perumahan Melaka Disember 2012


Jawatan Kosong / Tender

IKLAN JAWATAN KOSONG
 
Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi jawatan berikut :
 
 
1. Jawatan dan Kekosongan :
 
 
Nama Jawatan : Timbalan Pengarah Eksekutif
Kekosongan : 1 Kekosongan
Klasifikasi Perkhidmatan : Terbuka
Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional
Gred : 48
Taraf Jawatan : Kontrak/Tetap
Kementerian/Jabatan : Lembaga Perumahan Melaka
 
 
 
Syarat Lantikan
 
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :
 
a) Warganegara Malaysia;
b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
c) Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
dan d) lulus Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat 
SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. 
 
 
 
Permohonan
 
1.Pemohon hendaklah mengemukakan resume yang lengkap berserta sijil-sijil yang diakui sah seperti mana syarat-syarat yang ditetapkan dan hendaklah dihantar ke alamat berikut :
 
Pengarah Eksekutif
Lembaga Perumahan Melaka
Aras 10, Menara MITC
Jalan Konvensyen, Kompleks MITC
75450 Ayer Keroh, Melaka
 
2. Tarikh tutup permohonan ialah pada 7 Disember 2012.
3. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh tutup iklan jawatan, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
4. Permohonan yang berikut akan ditolak :
 
i) Resume yang tidak lengkap;
ii) Tidak disertakan dengan dokumen-dokumen yang diperlukan;
iii) Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakanyang ditetapkan dalam iklan;
iv) Tidak ditandatangani dan tiada pengesahan dokumen-dokumen yang diperlukan.
 
Catatan Am
i) Keutamaan akan diberi kepada anak kelahiran Negeri Melaka.
 
ii) Keutamaan diberikan kepada calon yang berpengalaman di dalam bidang :
a) pengurusan organisasi
b) pengurusan pembangunan projek perumahan dan komersil (penswastaan & kerajaan)
c) pengurusan pemulihan projek terbengkalai
d) pengurusan penyelenggaraan bangunan
e) pengurusan perolehan dan kewangan 
 
iii) Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga.
 

Newer Post Older Post Home
kongsikan dan hebahkan di facebook anda supaya rakan-rakan serta saudara-mara dapat mengetahui info tersebut :)
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More