Showing posts with label karnival. Show all posts
Showing posts with label karnival. Show all posts

Thursday, February 21, 2013

BN Youth Job Fair 2013



KUALA LUMPUR — Pemuda Barisan Nasional (BN) akan meneruskan penganjuran BN Youth Job Fair di empat lokasi terpilih pada tahun ini berikutan sambutan hangat yang diterima pada setiap penganjuran sebelum ini. 

Pengerusi Sekretariat BN Youth Job Fair, Nazir Hussin Akhtar Hussin dalam satu kenyataan hari ini berkata, karnival kerjaya itu akan diadakan di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Star, Kedah pada 31 Januari hingga 1 Februari ini. 

Lokasi kedua ialah Dewan Millenium di Terengganu Trade Centre pada 22 dan 23 Februari diikuti Dewan Masyarakat Tawau, Sabah pada 2 hingga 3 Mac dan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur bagi menutup tirai 2013. 

"Para graduan yang masih tercari-cari peluang pekerjaan mahupun yang sudah bekerja dijemput ke karnival kerjaya sepanjang tahun ini," katanya. 

Majikan yang berminat untuk memeriahkan karnival itu boleh menghubungi pihak sekretariat dengan melayari laman sesawang www.bnyouthjobfair.my. 

BN Youth Job Fair 2012 yang berlangsung di PWTC November lepas menerima sambutan sangat menggalakkan apabila berjaya menarik 120,000 pengunjung dengan lebih 100,000 resume diterima.— BERNAMA

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0128&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_08.htm#ixzz2LSiZbMo7 
Hakcipta terpelihara

Thursday, January 17, 2013

Tarikh & Lokasi Karnival Jom Masuk U 2013 Pengajian Tinggi


Kami Kongsikan Tarikh Dan Lokasi Karnival Jom Masuk U 2013 yang dianjurkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi. Beberapa IPTA di seluruh negara ini turut terlibat untuk menjayakan program tersebut. Pengumuman ini ditujukan khas kepada semua pelajar lepasan SPM untuk mereka ketahui hala tuju di alam universiti setelah keputusan SPM diumumkan kelak. Melalui program ini, pelajar juga akan didedahkan dengan kursus atau bidang yang ditawarkan di setiap institusi pengajian tinggi awam.
Jadual Tarikh Dan Lokasi Karnival Jom Masuk U 2013
tarikh-karnival-jom-masuk-u
Diharap semua pelajar dapat mengambil kesempatan untuk menghadirkan diri di karnival tersebut yang dianjurkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (MOHE)

Saturday, June 18, 2011

Karnival Kerjaya SPA 2011 Bertempat Di Putrajaya

Tarikh : 2 & 3 Julai 2011 (Sabtu & Ahad)
Masa : 9.00 pagi hingga 4.00 petang
Tempat : Padang Pancarona, Presint 18, Putrajaya


Aktiviti :
- Pameran Kerjaya
- Khidmat Nasihat
- Semakan Status Permohonan

Orang ramai adalah dijemput hadir.

Older Posts Home
kongsikan dan hebahkan di facebook anda supaya rakan-rakan serta saudara-mara dapat mengetahui info tersebut :)
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More