Showing posts with label BR1M. Show all posts
Showing posts with label BR1M. Show all posts

Thursday, January 24, 2013

7 juta dapat BR1M 2.0 Februari 2013


SUNGAI PETANI. - Sebanyak tujuh juta isi rumah dan individu bujang bakal memperolehi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0, mulai 1 Februari ini.
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, sebanyak RM3 bilion diperuntukkan untuk membolehkan pembayaran dibuat melalui pejabat daerah dan pejabat pegawai pembangunan zon di seluruh negara.

"Tahun lalu kita sudah mengagihkan BR1M kepada 4.1 juta isi rumah dan mereka masih layak untuk diberikan BR1M 2.0. Jumlah ini akan dicampur dengan pemohon baharu yang terdiri daripada isi rumah berpendapatan RM3,000 sebulan ke bawah dan juga orang bujang.

"Jadi kita jangkakan, sebanyak tujuh juta orang akan dapat manfaat BR1M 2.0 kali ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Menara Hasil Sungai Petani di Bandar Amanjaya di sini hari ini.

Hadir sama ialah Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Datuk Mohd. Shukor Mahfar.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan dalam pembentangan Bajet 2013 memaklumkan di bawah projek BR1M 2.0, isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah layak menerima bantuan RM500.

Bantuan kali ini turut diperluaskan kepada individu bujang berusia 21 tahun ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan dan layak menerima bantuan sebanyak RM250.

Ahmad Husni berkata, pengagihan BR1M 2.0 berkenaan akan dilakukan secara serentak bermula 1 Februari dengan majlis pelancaran dilakukan Perdana Menteri dan tamat pada 28 Februari.

"Bagaimanapun, individu yang membuat permohonan lewat iaitu selepas 31 Disember mungkin akan dapat BR1M 2.0 sedikit lewat iaitu selepas Februari.
"Ini kerana pihak LHDN perlu mengambil masa untuk menyemak permohonan berkenaan," katanya.

Terdahulu, Ahmad Husni dalam ucapannya berkata, kerajaan menghargai usaha LHDN yang berjaya menunjukkan peningkatan kutipan cukai pendapatan sejak 2010.

"Tahun lalu LHDN mencatatkan kutipan cukai RM124.8 bilion iaitu jumlah tertinggi pernah dicatatkan dalam sejarah percukaian negara.

"Ia menunjukkan peningkatan berbanding RM109.61 bilion yang dikutip tahun sebelumnya serta jauh lebih tinggi berbanding kutipan RM86.49 bilion pada 2010.

"Apabila penjanaan pendapatan negara meningkat, kerajaan dapat melaksanakan pelbagai program pembangunan dan menyediakan kemudahan terbaik kepada rakyat," jelasnya.

Pada majlis itu, beliau turut melancarkan slogan baharu LHDN iaitu 'Hasil Teman Keceriaan Anda'.

Pengenalan slogan berkenaan merupakan salah satu inisiatif meningkatkan kadar pematuhan cukai secara sukarela dan menjadikan sistem percukaian sebagai aset kepada komuniti.

sumber:UtusanMalaysia

Tuesday, January 8, 2013

Kerajaan Cadang Bantuan BR1M Dinaikkan kepada RM 1000


Kerajaan baru-baru ni cadang BR1M dinaikkan kepada RM 1000 untuk bantuan siri seterusnya . Ini selaras dengan harga barang atau kos sara hidup yang semakin meningkat. Mungkin ini adalah pembaharuan dan membuat BR1M lebih efektif dari sebelumnya. Kenyataan itu juga telah diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di majlis Himpunan Rakyat 1Malaysia di Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi).
Muhyiddin-cadang-naik-BR1M-RM1000
Sekiranya Barisan Nasional (BN) menang dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang dan kutipan hasil cukai negara memberangsangkan, kerajaan akan memberi bantuan melalui BRIM2.0, BRIM3.0, BRIM4.0, BRIM5.0 dan seterusnya. Selain menaikkan jumlah pemberian, ,kerajaan juga akan mempertimbangkan pemberian BR1M ini diteruskan untuk jangka panjang mengikut kemampuan pendapatan negara.

Wednesday, October 3, 2012

Download Borang BR1M 2.0 Kedua Online


Berikut adalah cara daftar atau mohon BR1M 2.0 buat kali kedua secara online. Seperti yang anda tahu, kesemua borang BR1M 2.0 akan diedarkan pada hujung bulan oktober ni. Penerima yang layak akan terima wang bantuan RM500 bagi individu yang layak.
Syarat BR1M 2.0
  • Warganegara Malaysia
  • umur 21 tahun dan keatas
  • Bujang dan berkeluarga
  • Isirumah berpendapatan RM3000 dan kebawah
  • Individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan
  • Pemohon di bawah kategori individu bujang yang sedang belajar diperingkat universiti tidak layak untuk mendapatkan BR1M 2.0
Cara Daftar BR1M 2.0
Isi rumah yang telah membuat tuntutan untuk BR1M 1.0 tidak perlu mendaftarkan diri untuk BR1M 2.0, manakala kepada isi rumah yang merasakan mereka layak, permohonan baru perlu dilakukan dan akan diteliti semula.
Borang BR1M Online
Borang 2.0 boleh didapatkan dilaman ini pada hujung bulan oktober 2012. Kami akan sediakan pautan untuk dapatkan borang tersebut.
Borang BR1M 2.0 Secara Manual
Borang juga boleh didapatkan di Kaunter Pejabat Pembangunan Negeri, Pejabat Daerah dan Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri di seluruh negara
Menurut Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ir Donald Lim Siang Chai berkata pengumuman mengenai borang BR1M 2.0 dalam tempoh antara satu hingga dua minggu lagi dalam bulan Oktober ini

Syarat Kelayakan BR1M 2.0 Yang Kedua 2013


Berikut adalah syarat kelayakan permohonan BR1M 2.0 untuk sesi 2013. Kerajaan bermurah hati menawarkan Bantuan Rakyat 1Malaysia untuk kali kedua. Nampaknya Bantuan Rakyat 1Malaysia ini diperluaskan lagi kepada golongan bujang yang mempunyai gaji dibawah RM2000.
BR1M 2.0 Kali Kedua
Syarat Kelayakan BR1M 2013
Bujang
Syarat kelayakan (bujang) : Anda mesti berstatus bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan
Jumlah Bantuan BR1M 2.0 Bajet 2013 Malaysia : RM250
Jumlah Penerima : 2.7 juta individu bujang
Tarikh Pembayaran : Awal 2013
Isi Rumah
Syarat kelayakan (bekeluarga) : Isi rumah berpendapatan RM3,000 sebulan ke bawah
Jumlah Penerima : 4.3 juta isi rumah
Jumlah Bantuan BR1M 2.0 Bajet 2013 Malaysia : RM500 (kekal seperti pada pusing pertama)
Jumlah Penerima : 2.7 juta individu bujang
Tarikh Pembayaran : Awal 2013
Cara Memohon Bantuan BR1M 2.0 Bajet 2013
Untuk mohon BR1M, sila layari Daftar BR1M 2.0 dan borang hanya boleh didapati awal bulan November 2012 ini. Mana-mana penerima bantuan BR1M Malaysia sebelum ini tidak perlu mendaftar kali kedua. Hanya khas untuk pemohonan yang baru sahaja.
  1. Datang sendiri ke kaunter di Pejabat Pembangunan Negeri, Pejabat Daerah dan Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri di seluruh negara
  2. Semasa datang mendaftar kelak, dokumen wajib yang perlu di bawa pastilah borang pendaftaran bantuan BR1M 2.0 Malaysia, Salinan Mykad/kad polis/kad tentera dan jika perlu bawa sekali salinan gaji anda.
  3. Penerima bantuan e-Kasih juga layak menerima bantuan BR1M 2.0 Malaysia ini.
Tarikh Pembayaran BR1M 2.0
Akan dibayar pada awal tahun 2013

Tuesday, October 2, 2012

Pelajar IPT Tidak Dapat BR1M Tetapi Layak BB1M


Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) tidak dapat BR1M tetapi hanya layak dapat BB1M  Baucar Buku 1Malaysia. BB1M yang bernilai RM250 yang diberi buat kali kedua dan akan memanfaatkan buat semua pelajar.  Sebelum ni kesilapan maklumat di akhbar harian yang menyatakan bahawa golongan siswazah dan penganggur yang tidak mempunyai pekerjaan dan berusia 21 tahun ke atas, layak menerima bantuan itu.
baucar buku 1malaysia
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga Menteri Kewangan dalam pembentangan Belanjawan 2013 pada Jumaat lalu memaklumkan bahawa di bawah projek BR1M 2.0, hanya isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah layak menerima bantuan sebanyak RM500.
Bantuan itu kali ini turut dipanjangkan kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, dan mereka layak menerima bantuan sebanyak RM250.

Older Posts Home
kongsikan dan hebahkan di facebook anda supaya rakan-rakan serta saudara-mara dapat mengetahui info tersebut :)
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More